Utusan Borneo (Sabah)

Mencederak­an, dua lelaki didenda

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki dikenakan denda RM1,800 atau penjara dua bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, kerana mencederak­an seorang lelaki.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kan Chieng Huong, 23, dan Jacob Arthur Kimlon, 25, selepas mereka mengaku bersalah.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, mencederak­an Kevin G Doudilim, 25, pada 25 April jam 12.30 pagi di Stone Cafe & Bar, Kepayan Point, Jalan Penampnag Bypass, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau dengan kedua-duanya.

Ketika rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan menyatakan hanya menampar mangsa.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni meminta hukuman setimpal dijatuhkan terhadap setiap tertuduh.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pada 18 September untuk sebutan semula kes terhadap seorang tukang masak yang didakwa mencederak­an seorang wanita.

Keputusan itu dilakukan terhadap Albare Taha, 40, selepas mengaku tidak bersalah mencederak­an mangsa yang berusia 39 tahun.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 16 Ogos jam 5.35 petang, di sebuah rumah sewa di Kampung Sembulan Tengah, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia