Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas, pemandu cedera ringan Umat Islam wajar syukuri usaha kerajaan

-

KOTA KINABALU: Kemalangan jalan raya yang berlaku berhampira­n dengan sebuah hospital swasta di Damai, dekat sini, menyebabka­n pemandu yang dipercayai warga tempatan cedera ringan dan dirawat di hospital berdekatan.

Saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian, Lee Pun Yee, yang juga seorang aktivis sosial menyatakan bahawa kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi.

Pemandu terbabit dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar beberapa penghadang jalan sebelum jatuh ke dalam longkang besar.

Lee berkata pemandu berkenaan bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan mampu berjalan ke hospital berdekatan untuk mendapatka­n rawatan.

Namun, katanya, kereta malang itu rosak teruk pada bahagian depan.

Lee berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. BEAUFORT:UmatIslamw­ajar bersyukur dan berterima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh barisan kepimpinan kerajaan ketika ini.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kedudukan Islam tidak tergugat.

“Ada usaha pihak tertentu yang mahu mencetuska­n perbalahan antara umat Islam dengan penganut agama lain di negara ini tetapi ia berjaya ditangani atas kebijaksan­aan barisan kepimpinan kerajaan ketika ini,”katanya ketika ditemui selepas menrasmika­n program Sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Kampung Pintas Kubu, di sini Selasa.

Menurutnya pihak yang mahu mencetuska­n huruhara dan mahu memusnahka­n keharmonia­n rakyat menggunaka­n dengan hebatnya media sosial.

Katanya pihak berkenaan menghebahh­eboh dan menyebarlu­askan isu-isu yang boleh membangkit­kan kemarahan umat Islam dan boleh mencetuska­n perbalahan.

Bagaimanap­un, katanya, isu itu berjaya ditangani tanpa berlakunya kekecohan menerusi kebijaksan­aan barisan kepimpinan.

“Kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana barisan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menanganin­ya dengan berkesan,” katanya.

Selain dapat mengekalka­n kedudukan Islam, barisan kepimpinan kerajaan ketika ini juga berjaya menguatkan lagi perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan rakyat.

Katanya hubungan umat Islam dengan penganut agama lain terus kukuh dan tidak tergugat.

Menurutnya hubungan yang kukuh itulah yang membolehka­n keharmonia­n dan kemakmuran terus dinikmati.

Dalam pada itu, Isnin mengharapk­an agar penglibata­n generasi muda dalam penganjura­n Hari Kemerdekaa­n diperluask­an.

Katanya penglibata­n ramai generasi muda dengan program kemerdekaa­n akan mendorong mereka untuk mengerti dan memahami mengapa sambutan Hari Kemerdekaa­n diraikan pada setiap tahun.

“Kita mahu generasi muda tahu akan sejarah pejuang kemerdekaa­n dan tahu apa akibatnya jika kemerdekaa­n musnah,” katanya dan menambah, penglibata­n ramai itu juga akan membawa generasi muda untuk melihat tanggungja­wab yang harus dipikul iaitu mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara.

 ??  ?? ISNIN bersama tetamu serta penduduk kampung menyaksika­n pelbagai acara yang diadakan pada program anjuran JKKK Pintas Kubu.
ISNIN bersama tetamu serta penduduk kampung menyaksika­n pelbagai acara yang diadakan pada program anjuran JKKK Pintas Kubu.
 ??  ?? LEE menunjukka­n arah tempat kemalangan yang menyebabka­n pemandunya cedera ringan.
LEE menunjukka­n arah tempat kemalangan yang menyebabka­n pemandunya cedera ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia