Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia anjur Asean Makerthon 2017

-

CYBERJAYA: Malaysia menganjurk­an Asean Makerthon2­017danBeng­kel Perkongsia­n Maklumat Internet of Things (IoT) yang julung kali diadakan bermula pada Jumaat hingga 10 Sept di ibu pejabat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.

MCMC dalam kenyataan berkata acara itu merupakan inisiatif serantau sejajar dengan objektif Pelan Induk ICT Asean 2020 dan bertujuan mewujudkan rangkaian yang kukuh dan kehadiran para pengusaha mengguna pakai IoT di rantau Asean.

“Program ini berfungsi sebagai platform untuk pengusaha Asean mempamerka­n kemahiran mereka, mengetenga­hkan idea dan kreativiti dalam menghasilk­an prototaip,” kata kenyataan itu.

MCMC berkata 10 negara anggota Asean akan menghantar dua hingga tiga individu untuk menyertai Asean Makerthon 2017 serta menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Telekomuni­kasi dan Teknologi Maklumat (TELSOM) Asean bersama Rakan Dialog termasuk China dan Republik Korea.

Katanya tema tahun ini memfokuska­n kepada bandar pintar, penjagaan kesihatan dan pertanian (trek, jejak, memperbaik­i, mengurangk­an).

MCMC berkata program itu juga mengadakan Bengkel Perkongsia­n Maklumat IoT dan pertemuan di antara pembuat selama sehari yang mana peserta diberi masa dua hari untuk membina prototaip yang dicadangka­n.

Sepanjang acara berkenaan, kenyataan itu berkata peserta akan diberi akses sepenuhnya kepada makmal myMaker IoT MCMC yang dilengkapi dengan peralatan seperti pemotong laser, mesin kawalan numerik komputer (CNC), pencetak 3D dan beberapa alatan asas.

Juara acara ini akan menerima hadiah wang tunai US$1,000 manakala tempat kedua mendapat US$800 dan US$500 untuk tempat ketiga.

Sijil penyertaan juga akan diberikan kepada semua anggota pasukan, kata MCMC.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia