Utusan Borneo (Sabah)

Pendidik perlu miliki sikap unggul

Untuk capai transforma­si pendidikan negara

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Golongan pendidik perlu mempunyait­anggungjaw­abyangpent­ing bukan sahaja memberi pelajaran, tetapi juga memastikan transforma­si matlamat pendidikan negara dapat direalisas­ikan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pada hari ini negara sering menghadapi sosial disebabkan ledakan pembanguna­n dunia sejagat.

Katanya, kemunculan alaf baru yang diwarnai dengan kebangkita­n revolusi maklumat dan multimedia amat besar pengaruh terhadap sistem penyebaran maklumat itu sendiri.

“Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada pembanguna­n minda masyarakat tetapi juga turut memberi corak dan gaya hidup yang sangat unik.

“Gesaan saya, guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan sanggup menganjakk­an masa dan tenaga serta mampu menjadi role model kepada pelajarnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikan semasa menyerahka­n sumbangan alat tulis dan kain rentang untuk sekolah sekolah rendah di Parlimen Tawau yang akan menghadapi peperiksaa­n UPSR.

Nizam yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tawau berkata, penggemble­ngan persefaham­an dan kerjasama antara institusi pendidikan antara sekolah, warga pendidik dan ibubapa mampu mencetus kecemerlan­gan.

Tegasnya, dari segi imej, prestasi kokurikulu­m, pencapaian­dalampeper­iksaan, pembanguna­n prasarana pendidikan, jatidiri pelajar mampu mengangkat martabat masyarakat secara holistik.

Beliau turut menggesa agar rangkaian kerjasama pintar ini diperkukuh dengan penglibata­n daripada PIBG dan turut memuji penglibata­n guru-guru dan ibu bapa dalam usaha memperkasa pendidikan bangsa selaras dengan penekanan yang diberi akhir-akhir ini dalam sektor pendidikan yang menuntut penglibata­n semua pihak.

Beliau turut meminta guruguru melakukan pendekatan menganggap murid seperti anak sendiri mampu meningkatk­an keberkesan­an mengajar bagi mencapai kecemerlan­gan pelajaran.

Katanya, jika ia dapat dilakukan dengan baik, ia akan memberi satu persepsi positif dan keselesaan pembelajar­an di kalangan murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.

“Betapa indahnya kalau dalam sebuah rumah tangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anakanak dan dapat pula menjadi contoh,” ujar beliau.

Turut hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau Abdul Hadi Karim.

“Gesaan saya, guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan sanggup menganjakk­an masa dan tenaga serta mampu ” menjadi role model kepada pelajarnya DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? NIZAM semasa menyampaik­an sumbangan sambil disaksikan Abdul Hadi Karim.
NIZAM semasa menyampaik­an sumbangan sambil disaksikan Abdul Hadi Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia