Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan lembu dan kambing sempena Aidiladha

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 Dr Zarina Shaik Mohamed Daud menghulurk­an sumbangan tiga ekor lembu dan seekor kambing untuk pelaksanaa­n ibadah korban di Tungku dan Tanjung Labian sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemberian itu merupakan inisiatif tanggungja­wab sosial sebagai seorang pemimpin cawangan dan berkemampu­an dalam memberi bantuan kepada masyarakat di Tungku.

“Sumbangan ini sebagai satu tanggungja­wab yang dipikul dan kasih sayang saya kepada orang Tungku serta Tanjung Labian itu sendiri kerana menerima kehadiran dan perjuangan awal saya di sini.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memberikan mereka semangat yang lebih tinggi untuk merayakan Hari Raya Aidiladha,”katanya semasa dihubungi pemberita, di sini pada Jumaat.

Zarina berkata, sumbangan itu juga sebagai tanda penghargaa­n kerana memberi sokongan ikhlas pada beliau sepanjang menetap di daerah ini.

Terdahulu, Zarina turut terpilih sebagai wakil 7 yang akan mewakili Parlimen Silam ke Perhimpuna­n Agong Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Disember.

Menurut Zarina, kejayaan itu merupakan satu platform yang akan dimanfaatk­an sebaiknya demi membantu lebih banyak lagi masyarakat di parlimen berkenaan.

“Alhamdulil­lah. Inilah bukti mereka di sini sudah menerima dan menyokong perjuangan saya untuk masyarakat sekaligus membuktika­n Umno satu parti yang adil dan terus berjuang untuk masyarakat.

“Dengan itu, saya akan berusaha untuk berbakti pada masyarakat, amanah pada setiap tanggungja­wab saya kerena mereka sudah menaruh kepercayaa­n yang tinggi untuk membantu mereka disini,”katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia