Utusan Borneo (Sabah)

Hayati, pegang etika kerja

Saranan kepada warga KKM dalam melaksana tanggungja­wab

-

KOTA KINABALU: Warga Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini disaran untuk terus menghayati dan berpegang kepada etika kerja perkhidmat­an awam yang telah digariskan dalam memberi perkhidmat­an yang berkualiti kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata,setiapwarg­adibawah KKM perlu profession­al, berpegang serta menghayati etika kerja yang digariskan agar mutu perkhidmat­an yang diberi sentiasa sampai secara optima sekaligus dapat membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

Tambahnya, amalan menghayati dan berpegang kepada etika kerja perkhidmat­an bukan sekadar mematuhi garis panduan semata-mata, malah merangkumi amalan nilai serta akhlak terpuji dan prinsip moral yang mampu menjadikan setiap warga KKM sentiasa kompeten serta berakaunta­biliti terhadap bertanggun­gjawab yang diamanahka­n.

Dr. Christina berkata demikian semasa merasmikan Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah Ke- 19 anjuran Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bertempat di salah sebuah hotel terkemuka, di sini pada Rabu.

Lebih 250 orang peserta yang terdiri dari 30 skim perkhidmat­an di bawah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Profesiona­l) Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang bertugas di pelbagai fasiliti seluruh negeri Sabah hadir pada konferen yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 5 hingga 7 September.

Dr. Christina menambah, bidang kesihatan amat luas dan kompleks.

“Sehubungan itu setiap warga KKM perlu releven dengan sebarang perkembang­an dan persekitar­an teknologi semasa termasukla­h kecenderun­gan menguasai kemahiran yang pelbagai dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab kepada masyarakat,” jelasnya.

Bertemakan ‘Optimizing Allied Health Profession For Health Care Transforma­tion’ konferen tahunan tersebut antara lain memberi pendedahan kepada para peserta berhubung tugas dan tanggungja­wab pelbagai bidang perubatan dan kesihatan melalui aktiviti penyelidik­an serta mengenalpa­sti kesesuaian dan penambahan­baikan perkhidmat­an dalam memastikan keselamata­n pesakit dapat disalurkan secara berkesan dan efektif.

Selain ceramah dan taklimat daripada penceramah jemputan, peserta turut berpeluang menyertai sesi pameran poster dan pembentang­an hasil kajian saintifik mereka sebagai galakan untuk terus menghasilk­an kajian dan penyelidik­an yang berkualiti.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengarah KesihatanN­egeriDr.William Gotulis serta Noor Azlan M’hamd Ajli selaku pengerusi penganjur Konferen Klinikal Negeri Sabah Ke- 19.

“Setiap warga KKM perlu releven dengan sebarang perkembang­an dan persekitar­an teknologi semasa termasukla­h kecenderun­gan menguasai kemahiran yang pelbagai dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab. DATUK DR. CHRISTINA RUNDI Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

 ??  ?? DR. Christina melancarka­n Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19 disaksikan bersama Noor Azlan (tiga kiri).
DR. Christina melancarka­n Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19 disaksikan bersama Noor Azlan (tiga kiri).
 ??  ?? SESI penerangan secara lisan daripada peserta konferen melibatkan poster-poster berkaitan perubatan dan kesihatan.
SESI penerangan secara lisan daripada peserta konferen melibatkan poster-poster berkaitan perubatan dan kesihatan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19.
SEBAHAGIAN peserta Konferen Klinikal Peringkat Negeri Sabah ke- 19.
 ??  ?? DR. William menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta yang berjaya membentang hasil kajian dan penyelidik­an menarik sepanjang konferen.
DR. William menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta yang berjaya membentang hasil kajian dan penyelidik­an menarik sepanjang konferen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia