Utusan Borneo (Sabah)

UPSR sama penting, penentu masa depan anak

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

IBU bapa masa kini perlu menyedari betapa pentingnya untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, mereka tidak seharusnya melihat peperiksaa­n UPSR sebagai perkara yang tidak penting kerana ia adalah sebahagian penentu untuk melangkah ke alam persekolah­an di peringkat menengah.

“UPSR dijadikan asas untuk melihat tahap pencapaian pelajaran anak-anak kita...hakikatnya UPSR biarpun dianggap peperiksaa­n yang kecil namun ia memberi impak yang besar secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Membara: Seminar Keibubapaa­n Pecutan Akhir UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Kabajang, Beaufort pada Khamis.

Hadir sama Guru Besar SK Kabajang Zulkefli Osman, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Penerangan Umno Sipitang Matbali Musah dan Setiausaha Akhbar Ahli Parlimen Sipitang Mohd Dzul Mohd Kassim.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah meminta pihak sekolah supaya tidak terlalu menumpukan soal pencapaian dalam menghadapi persaingan untuk memperoleh anugerah sekolah cemerlang.

Katanya, kerana mahukan keputusan cemerlang, pihak sekolah kadang kala lebih menumpukan perhatian kepada pelajar yang berpotensi sehingga mengabaika­n pelajar lain yang lemah.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku... Semua pelajar harus diberikan tumpuan yang sama dan bukan sebaliknya,” ujar beliau.

Tambah Sapawi, pencapaian sekolah bukan hanya berasaskan kepada pencapaian peperiksaa­n tetapi juga kepada kecemerlan­gan urus tadbirnya.

Pada majlis itu, seramai 21 pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n UPSR menyertai Seminar Pecutan Akhir UPSR.

 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar sempena majlis berkenaan.
SAPAWI menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar sempena majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia