Utusan Borneo (Sabah)

Hidup haruslah sentiasa ikhlas: Ustaz Haji Saidin Musi

-

UTUSAN BORNEO (UB): Terima kasih kerana sudi ditemurama­h untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo. Boleh ceritakan sedikit latar belakang Ustaz? USTAZ HAJI SAIDIN MUSI

(UHSM): Saya dilahirkan di Kampung Kabidang Beaufort pada 2 Mac 1952. Saya bersekolah dalam dua aliran. Sekolah rendah di GPS Takuli dan sekolah agama di Kabidang. Waktu itu, untuk ke Takuli, kami terpaksa berjalan kaki. Jalan raya pula agak teruk, bukan seperti sekarang.

GPS Takuli jauhnya kira-kira 2 km dari rumah. Sekolah itu dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung. Dindingnya dari kulit kayu balak. Kayu balak itu, kulitnya sahaja yang dipakai, isinya tinggal dalam hutan.Dahulu mana ada kemudahan seperti gergaji chain saw. Itulah antara gambaran keadaan sekolah pada masa itu.

UB: Berapa usia ketika mula bersekolah?

UHSM: Saya masuk sekolah agak lambat.Mungkin usia saya sudah 10 tahun kalau mengikut IC. Saya terus masuk darjah tiga. Selain sekolah di GPS Takuli, saya juga sekolah agama. Masa itu, ramai pelajar dari jauh dan dekat datang ke Kabidang untuk belajar sekolah agama. Kemudian sekolah-sekolah agama itu diambil alih oleh Usia yang ditubuhkan pada 1969.

UB: Sebelum ada sekolah agama, dimana masyarakat mendapat pendidikan agama?

UHSM:Sebelum kewujudan sekolah agama, sudah ada alim ulama yang datang ke Kabidang, bermukim untuk beberapa minggu,pindah dari kampung ke kampung untuk menjalanka­n ceramah agama secara bergilir.

Kadang-kadang jika ada alim ulama terkenal datang misalnya dari Brunei, orang kampung sanggup mengambil mereka. Selain itu, ada juga orang-orang tempatan yang mengajar agama masa itu.Antaranya ialah Haji Taip Muhamad, dari Kampung Kota Klias.

Selain itu, antara tokohtokoh pendakwah yang terkenal yang pernah datang ke

Beaufort ialah Imam Suhaili Haji Yakub, antara muridnya Abdul Rahman Mohd Sirat.

UB: Berapa bekal ke sekolah masa itu?

UHSM: Duit bekal pada masa itu, paling banyak pun 20 sen. Kadang-kadang sepuluh sen. Dengan duit sepuluh sen, sudah boleh dapat kuih dua biji. Masa itu, gula berharga 25 sen.

UB: Bagaimana keadaan kehidupan masa itu?

UHSM: Dulu susah mencari duit. Semua orang kerja kampung.Tiada yang makan gaji. UB: Selepas lulus GPS Takuli, dimana Ustaz melanjutka­n pelajaran? UHSM: Saya melanjutka­n pelajaran menengah di SM St Paul Beaufort. Di Beaufort masa itu hanya ada sekolah St Paul dan St John. Jadi saya memilih sekolah SM St Paul dalam aliran bahasa Inggeris. Sebelum itu sempat sekolah bridge one dan bridge 2 sebelum dinaikkan ke Form One.

Saya bersekolah di sana hingga Form Two.

sampai Form Two saja?

UHSM: Sebabnya saya memilih untuk sekolah dalam aliran agama. Kebetulan sebuah sekolah agama pertama dibuka di Sabah iaitu Sekolah Menengah Islamiah Tawau.

Masa itu ada pengambila­n pelajar.Jadi kamilah angkatan pertama yang sekolah menengah agama di sekolah itu. Sebelum itu saya belajar di sekolah agama di kampung, masa itu dikendalik­an oleh Usia. Belum ada Muis masa itu, apalagi Jheains.

UB: Siapa antara rakan yang bersekolah di Sekolah Islamiah Tawau ketika itu?

UHSM: Antaranya Ustazah Hasnah Haji Zakaria, Ustaz Masni Osman, Allahyarha­m Sifri Haji Abdul Razak, Ustaz Jimlih Haji Husin, Ustaz Hassan Ali dan Ustazah Azizah.

Rakan-rakan lain termasuk Datuk Haji Awang Sharin Alimin dan Ustaz Mohamad Abdul Ghani, Allahyarha­mah Hajah Norsiah dari Papar (isteri Datuk Haji Salsidu). Kami semua 45 orang satu kelas,Ustazah Rukayah, kakak kepada Ustaz Badrul Amin Haji Bahron.

UB: Naik apa ke Tawau masa itu?

UHSM: Kami naik fokker ke Tawau. Masa itu agak mewah Pelajar-pelajar yang terpilih, selain diberi tiket, disediakan hotel, diberikan wang saku, RM20 sebulan, diberi makan dan sebagainya.

UB: Apa perasaan ketika terpilih sebagai pelajar aliran agama?

UHSM: Perasaan saya masa itu memanglah gembira kerana terpilih sekolah aliran agama. Keluarga juga gembira.

UB: Berapa lama sekolah di Islamiah?

UHSM: Saya bersekolah di SM Islamiah Tawau dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Ini kerana selepas itu, kami meneruskan pelajaran dalam tingkatan empat di SMU Toh Puan Hajah Rahmah.Kami angkatan pertama belajar tingkatan empat di SMU Toh Puan Hajah Rahmah. Namun tidak semua pelajar di SM Islamiah Tawau meneruskan dalam tingkatan empat. Ada diantarany­a terus mendapat kerja kerana masa itu, banyak peluang pekerjaan.

UB: Sempat jumpa Ustaz Datuk Haji Arifin Arif di sana?

UHSM: Jika tidak silap saya, ketika kami tingkatan enam, Datuk Arifin Arif masih tingkatan 1.

UB: Selepas lulus di Toh Puan, dimana Ustaz melanjutka­n pelajaran?

UHSM: Selepas lulus Sijil Tinggi Ugama, kami mendapat tawaran untuk belajar di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri.

UB: Boleh cerita sedikit perjalanan ke Nilam Puri?

UHSM: Kami berangkat dengan kapal terbang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Subang sebelum melanjutka­n penerbanga­n ke Kota Bharu.

UB: Siapa rakan-rakan Ustaz dari Sabah masa itu?

UHSM: Antara yang meneruskan pelajaran ialah saya sendiri, Datuk Haji Awang Sharin Alimin dan Allahyarha­m Ustaz Sifri Razak. Kamilah tiga orang lelaki yang belajar di Nilam Puri.Selebihnya wanita, Ustazah Masliah Hasan, Ustazah Jaloha, Ustazah Rukayah Haji Ahmad, Ustazah Noraidah Awang Sahari.

Kami berangkat ke Nilam Puri pada tahun 1976, masa itu, kerajaan Berjaya baru menubuhkan kerajaan.

UB: Apa perasaan Ustaz masa itu? Berapa tahun di sana?

UHSM: Perasaan masa itu sangat gembira. Belum ada sejarah orang Sabah ke sana. Setibanya di sana, kami belajar pra kuliah selama dua tahun, dan tiga tahun kuliah Usuluddin dan Dakwah. Keseluruha­nnya selama kira-kira lima tahun. Semua kuliah dalam bahasa Arab kecuali beberapa mata pelajaran tertentu.

Kami adalah pelajar terakhir PPTIK Nilam Puri.Ketika berada dalam tahun tiga pada tahun 1983, PPTIK diserapkan menjadi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kecuali pelajar tahun tiga, semua pelajar tahun dua automatik diserapkan ke Akademi Pengajian Islam UM.

Antara pensyarah kami Prof Muhammad Zuhdi, Prof Madya Hashim Yahya, Datuk Hassan Ahmad, Prof Madya Abdul Hayy Abd Shukur.

UB: Mungkin ada kenangan manis sewaktu belajar di Kelantan?

UHSM: Antaranya, ketika belajar di Nilam Puri, dalam masa tiga bulan pertama, saya tidak memahami percakapan mereka dalam dialek Melayu Kelantan. Namun kemudian, kerana sering bergaul dengan pelajar dan masyarakat di sana, akhirnya saya boleh menyampaik­an ceramah dalam dialek Kelantan. Jika cuti sekolah, saya sering ikut berceramah di kampung kampung.

UB: Selepas itu, Ustaz bertugas dimana?

UHSM: Selepas pulang ke Sabah, saya mengajar di SMK Toh Puan Haajah Rahmah.Dua tahun kemudian saya mengajar di Sekolah Islamiah Tawau. Setahun kemudian, saya dilantik sebagai penyelia di Pantai Barat Selatan/ Kemudian jadi Nazir, Ketua Nazir di Jheains. Saya bersara sebagai Ketua Nazir.

UB: Bagaimana timbul minat menjadi seorang pendakwah? Sejak bila tu?

UHSM: Saya bercita-cita menjadi seorang pendakwah sejak kecil lagi. Minat saya bertambah apabila melihat Dr Hamka berceramah secara 'live'. Ketika itu beliau melawat Tawau.

Saya menjadikan beliau sebagai idola, suka caranya berceramah. Saya suka juga membaca buku-bukunya seperti Tenggelamn­ya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan buku-bukunya yang lain seperti Tasauf Moden.

UB: Selepas bersara sebagai Ketua Nazir pada 1998, apa yang ustaz lakukan mengisi masa lapang?

UHSM: Sebenarnya saya dilantik sebagai Pegawai Penceramah di Beaufort. Kemudian saya juga pernah menjadi Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Klias dari tahun 2010 hingga 2013.

Sekarang saya mengajar sebagai guru takmir di bawah Jakim. Saya berdakwah terus, berceramah biasa kalau ada orang yang jemput. Sampai sekarang masih mengajar sebagai guru takmir.

UB: Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Kata-kata akhir dari Ustaz?

UHSM:Hidup beramal, bertakwa perlu disertai dengan keikhlasan. Ikhlas adalah kunci segala-galanya. Kalau ada amal, tapi tiada ikhlas, ibadah kita mungkin tidak diterima.

“alim Sebelum kewujudan sekolah agama, sudah ada ulama yang datang ke Kabidang, bermukim untuk beberapa minggu,pindah dari kampung ke kampung untuk menjalanka­n ceramah agama secara bergilir. Kadang-kadang jika ada alim ulama terkenal datang misalnya dari Brunei, orang kampung sanggup mengambil mereka. Selain itu, ada juga orang-orang tempatan yang mengajar agama masa itu.Antaranya ialah Haji Taip Muhamad, dari Kampung Klias.” Kota

 ??  ?? USTAZ HAJI SAIDIN MUSI dilahirkan di Kampung Kabidang, Beaufort pada 2 Mac 1952. Anak bongsu dari dua beradik ini mendapat pendidikan awal di Government Primary School Takuli, Beaufort selain belajar di sekolah agama di Kabidang.
Selepas itu, beliau...
USTAZ HAJI SAIDIN MUSI dilahirkan di Kampung Kabidang, Beaufort pada 2 Mac 1952. Anak bongsu dari dua beradik ini mendapat pendidikan awal di Government Primary School Takuli, Beaufort selain belajar di sekolah agama di Kabidang. Selepas itu, beliau...
 ??  ?? UB: Apa sebabnya
UB: Apa sebabnya
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia