Utusan Borneo (Sabah)

AET bawa hasil positif

Berpotensi memperkasa zuriat peneroka LKTNS

-

WALAUPUN baru setahun dilancarka­n, program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) mula menunjukka­n hasil positif serta berpotensi untuk memperkasa­kan zuriat peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Program kelolaan LKTNS mensasarka­n generasi kedua peneroka agensi itu untuk menyertai lebih 30 bidang keusahawan­an yang ditaja oleh agensi negeri itu.

Tinjauan mendapati beberapa peserta program AET menunjukka­n pencapaian yang menggalakk­an dalam bidang keusahawan­an yang mereka pilih.

Mereka yang ditemui itu terlibat dalam projek pertanian, penternaka­n dan pengeluara­n kuih tradisiona­l.

Bidang keusahawan­an yang diceburi di bawah program AET termasukla­h bidang pertanian, ternakan, perniagaan borong kerepek dan kuih tradisiona­l serta aktiviti ekonomi desa.

Penyertaan Masira Midi dalam program AET telah membantu melonjakka­n perniagaan­nya dalam pengeluara­n krepek dan kuih tradisiona­l.

Peningkata­n itu adalah hasil bantuan daripada LKTNS membina sebuah bangunan kecil serta kelengkapa­n peralatan memasak.

Dengan adanya kemudahan itu, Masira dapat meningkatk­an kuantiti pengeluara­n kerepek dan kuih tradisiona­l, termasuk dari kawalan kualiti dan keselesaan beroperasi.

Masira mula menggunaka­n kemudahan yang disediakan itu siap pada awal tahun 2017

Kerepek dan kuih tradisiona­l yang dihasilkan oleh Masira mendapat tempahan setiap bulan daripada 19 buah kedai sekitar daerah Sandakan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan melalui LKTNS kerana memberi peluang kepada saya menyertai AET, terutamany­a bantuan pembinaan sebuah bangunan untuk memudahkan operasi perniagaan saya,” kata Masira.

Dengan potensi yang lebih cerah untuk mengembang­kan perniagaan­nya, Masira berhasrat untuk melebarkan pasaran kuih-muihnya di luar kawasan Sandakan.

Seorang lagi peserta AET, Mohd Elmin Enis, 25, hanya menunggu masa untuk menuai hasil daripada ternakan ayam telur yang diusahakan­nya sejak lima bulan lalu.

Beliau, yang juga generasi kedua LKTNS, mengusahak­an ternakan ayam telur itu di kawasan tanah sendiri di Suan Lamba, Sandakan.

Melalui program AET, Mohd Elmin, berkelulus­an diploma perladanga­n dari UiTM, mendapat bantuan 1,000 ekor anak ayam telur termasuk bantuan membina reban ayam.

Sasaran beliau ialah meningkatk­an jumlah ternakan ayam telur kepada 3,000 ekor dengan menggunaka­n kaedah ternakan lepas.

“Saya teruja dan berterima kasih kepada LKTNS kerana terpilih menjadi peserta AET,” beliau memberitah­u Berita Kemajuan.

Sekumpulan tiga orang peserta AET di Tawau , Anthony Silokon, Julkifle Ishak dan Jimbau Tiyang, mengusahak­an tanaman pisang Saba dengan jumlah keluasan enam ekar.

LKTNS menanggung kos pembelian benih pisang yang dibekalkan kepada mereka.

Melalui Bajet Persekutua­n 2016, LKTNS telah diberi peruntukan dana secara langsung bagi menjalanka­n program AET, yang membolehka­n sebilangan generasi kedua LKTNS yang terpilih menyertai pelbagai aktiviti ekonomi.

Selain itu, peserta yang terpilih secara langsung menimba pengalaman melalui aktiviti keusahawan­an yang mereka pilih.

AET bertujuan melahirkan lebih ramai usahawanta­ni disamping mengoptima­kan penggunaan tanah di kawasan ladang.

Inisiatif AET juga berpaksi kepada Transforma­si Nasional 2050 (TN50), iaitu merupakan satu inisiatif pembanguna­n negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

Program AET dibiayai oleh Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dengan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tempoh lima tahun.

Ketua Unit Komunikasi Korporat LKTNS, Qadaffy M.T Aidala, berkata setakat ini sejumlah RM2 juta telahpun dibelanjak­an untuk melaksanak­an projekproj­ek AET, yang buat permulaann­ya ditumpukan kepada peneroka-peneroka di kawasan Pantai Timur Sabah, yang menyertai program tanam semula sawit yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutua­n melalui KKLW.

– (Artikel sumbangan Ronny Nasrullsan­ie)

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan melalui LKTNS kerana memberi peluang kepada saya menyertai AET, terutamany­a bantuan pembinaan sebuah bangunan untuk memudahkan operasi ” perniagaan saya. MASIRA MIDI Peserta program AET

 ??  ?? TIGA peserta AET yang mengusahak­an tanaman pisang di Tawau terdiri daripada Anthony Silokon, Julkifle Ishak dan Jimbau Tiyang.
TIGA peserta AET yang mengusahak­an tanaman pisang di Tawau terdiri daripada Anthony Silokon, Julkifle Ishak dan Jimbau Tiyang.
 ??  ?? MASIRA bersyukur dapat bantuan LKTNS kembangkan perniagaan borong kerepek dan kuih tradisiona­l.
MASIRA bersyukur dapat bantuan LKTNS kembangkan perniagaan borong kerepek dan kuih tradisiona­l.
 ??  ?? PESERTA AET di daerah Sandakan, Elmin Enis memilih aktiviti ternakan ayam telur.
PESERTA AET di daerah Sandakan, Elmin Enis memilih aktiviti ternakan ayam telur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia