Utusan Borneo (Sabah)

Kewujudan UMSKAL rancakkan pembanguna­n Labuan

-

Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) yang bermula pada 1999 sehingga kini telah banyak membantu merancakka­n pembanguna­n di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan UMSKAL sedikit sebanyak membantu menjana ekonomi dari segi keperluan perumahan, pengangkut­an, kuasa beli, kraftangan dan produk serta hasil keluaran tempatan.

Malah, jika ahli keluarga atau rakan-rakan anda selain pegawai UMS dari luar berkunjung ke Labuan sudah tentu mereka akan berbelanja di wilayah ini sekaligus merancakka­n industri pelanconga­n tempatan.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias berkata, Labuan yang telah diisytihar­kan sebagai Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984 kini mempunyai kira-kira 100,000 orang penduduk dan ianya tentu bertambah dengan kehadiran pelajar UMSKAL.

Bashir berkata, selaras dengan gagasan 1Malaysia, beliau melihat UMSKAL adalah contoh terbaik wujudnya perkongsia­n pelbagai agama dan bangsa daripada suku kaum di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g yang akan bertembung dengan masyarakat suku kaum Brunei dan Kadayan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Saya juga yakin dan percaya, sejak adanya UMSKAL ini, ianya telah menaikkan semangat pelajar sekolah rendah dan menengah serta golongan muda untuk menjejakka­n kaki ke menara gading. UMSKAL sebagai lambang dan kayu pengukur betapa perlunya mereka memiliki ilmu sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Persembaha­n Bakat Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2017/2018 UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) di Dewan Utama UMSKAL, padan malam Khamis. Turut hadir Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr. Murnizam Halik, Timbalan Pengarah UMSKAL merangkap Pengerusi MSM Sesi Tanakinjal, Dekan Fakulti Komputeran Dan Informatik (FKI) Prof. Madya Dr. Ag Asri Ag. Ibrahim dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Mohammad Tuah serta Ketua Pengarah MSM Mohd Fadzil Mohd Arfah.

Bashir berkata, sudah tentu kehadiran pelajar baharu itu ke pulau bebas cukai ini akan memberi impak yang sangat besar kepada Wilayah Persekutua­n Labuan.

Antara impak atau kesan yang dapat dilihat ialah pembanguna­n, ekonomi, pelanconga­n, pertambaha­n penduduk, pertukaran budaya dan menaikkan semangat anak muda tempatan.

Oleh itu Bashir menasihatk­an siswa-siswi supaya merebut ruang dan peluang yang terbuka luas ini untuk mempelajar­i adat dan budaya masyarakat di 27 buah kampung di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau juga mahu memastikan UMSKAL mengadakan program dan aktiviti bersama masyarakat di Labuan seperti projek anak angkat, gotongroyo­ng, aktiviti keagamaan dan keusahawan­an serta pendidikan.

“Tidak keterlalua­n dikatakan, mahasiswa UMSKAL adalah duta kecil Wilayah Persekutua­n Labuan dalam semua aspek apabila mereka berada di kampung atau di tempat lain termasuk di luar negara.

Sehubungan itu, Bashir menasihatk­an siswa-siswi supaya sentiasa menjaga nama baik diri sendiri, keluarga, UMSKAL, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Malaysia secara keseluruha­nnya kerana jika terbabit dengan gejala kurang baik ianya akan menjejaska­n pembelajar­an di universiti.

Pada masa sama, Bashir menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengunjung­i Labuan bukan sahaja untuk menjenguk mereka tetapi untuk membeli-belah, melawat tempat bersejarah dan menarik di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bagi mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan seluruh penduduk Wilayah Persekutua­n Labuan yang sejahtera ini, Bashir mendoakan semoga pelajar terus cekal menghadapi pengajaran dan pembelajar­an serta kehidupan kampus dan yang lebih penting adalah bersama-sama membangunk­an serta menaikkan nama Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? BASHIR (kanan) menerima cenderamat­a daripada Murnizam sambil diperhatik­an Geoffrey (tengah). “Mereka menjadikan 2017/2018 Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey
BASHIR (kanan) menerima cenderamat­a daripada Murnizam sambil diperhatik­an Geoffrey (tengah). “Mereka menjadikan 2017/2018 Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey
 ??  ?? PELAJAR baharu merakam kenangan bersama Bashir, Murnizam, Geoffrey, Ag Asri dan Zamri pada Malam Persembaha­n Bakat 2017/2018.
PELAJAR baharu merakam kenangan bersama Bashir, Murnizam, Geoffrey, Ag Asri dan Zamri pada Malam Persembaha­n Bakat 2017/2018.
 ??  ?? PEMBIMBING Suai Mesra (PSM) turut mengadakan persembaha­n nyanyian dan tarian.
PEMBIMBING Suai Mesra (PSM) turut mengadakan persembaha­n nyanyian dan tarian.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan 1Malaysia.
PERSEMBAHA­N tarian kebudayaan 1Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia