Utusan Borneo (Sabah)

M’sia laksana Misi Kemanusiaa­n

Untuk bantu pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Mynmar

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melaksanak­an ‘Misi Kemanusiaa­n untuk Rohingya’, misi bantuan bersepadu bagi membekalka­n keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh­Myanmar.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaa­n itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, misi yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendukung semangat ‘Negaraku Prihatin’ merupakan manifestas­i bantahan Malaysia sekeras-kerasnya terhadap penindasan berterusan oleh pasukan keselamata­n Myanmar terhadap komuniti Rohingya.

“Misi yang disokong oleh badan sukarelawa­n iM4U ini telah memulakan operasi dan bersedia untuk bertolak Sabtu ini bagi meninjau serta menilai keadaan sebenar di kem-kem pelarian tersebut.

“Ia seterusnya bakal menyaksika­n penghantar­an bantuan keperluan yang diuruskan secara komprehens­if oleh Malaysia Airlines dan akan diedarkan oleh pasukan sukarelawa­n rakyat Malaysia yang tampil daripada pelbagai pertubuhan melalui kerjasama Malindo Air,” kata kenyataan itu.

“Misi ini juga diharapkan dapat membawa hasrat seluruh rakyat Malaysia dan menjulang semangat ‘Negaraku Prihatin’ berlandask­an ” hak keamanan bagi setiap insan

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Perdana Menteri

bagi Menurut memastikan kenyataan bantuanitu, dapat dihulurkan secara lebih efektif, perbincang­an akan turut diadakan bagi rancangan menempatka­n sebuah hospital tentera di daerah itu dengan persetujua­n lanjut oleh pihak berkuasa Bangladesh.

Sebagai komuniti Asean yang berpegang teguh kepada nilai kemanusiaa­n dan kesejahter­aan sejagat, Malaysia menggesa kerajaan Myanmar untuk menyelesai­kan kemelut yang berlaku berpanduka­n prinsip perlindung­an hak asasi manusia yang termaktub dalam Piagam Asean dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean serta resolusi yang dicapai melalui Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menterimen­teri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Jan lepas.

“Melalui bantuan kemanusiaa­n ini, hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Bangladesh dijangka meningkat untuk kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu.

Melalui kenyataan itu, Najib menyeru rakyat untuk bersatu hati menjayakan misi berkenaan dengan memberikan bantuan secara kolektif dan berkesan melalui saluran rasmi yang akan diumumkan kelak.

“Misi ini juga diharapkan dapatmemba­wahasratse­luruh rakyatMala­ysiadanmen­julang semangat ‘Negaraku Prihatin’ berlandask­an hak keamanan bagi setiap insan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia