Utusan Borneo (Sabah)

Bakal calon UPSR ditemukan lemas bersama rakan

-

SIBU: Seorang kanak-kanak yang bakal menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan ditemukan lemas bersama rakannya di Sungai Seduan dekat Lorong Permai Jaya 1F/3, Taman Permai Jaya di sini pada Jumaat.

James Tiong Kiong Hoe, 12, dan Pau Chiong Huat, 18, dilaporkan hilang akibat dibawa arus deras kira-kira 6.15 petang semalam semasa memancing di sungai itu.

Mayat murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Chin itu dijumpai anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang menggunaka­n bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kirakira 11.42 pagi Jumaat selepas mayat rakannya itu ditemukan pada 10.35 pagi.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh keluarga masing-masing di pos kawalan bomba di lokasi kejadian dan mayat kemudianny­a dibawa ke Hospital Sibu.

Selain Pau, James turut memancing di lokasi berkenaan bersama kembarnya Raymond Tiong Ing Hoe, serta dua lagi rakan mereka iaitu Muh Sung Huan dan seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Benedict, semuanya berusia antara 11 dan 12 tahun.

Mereka dikatakan tinggal berjiran dan dilihat bermain dan memancing di lokasi kejadian sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh pihaknya ditamatkan sejurus penemuan keduadua mangsa dan kes disiasat sebagai kematian mengejut.Bernama

 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Polis mengusung mayat pelajar Tahun Enam James Tiong Kiong Hoe, 12 yang ditemukan lemas di Sungai Seduan dekat Lorong Permai Jaya 1F/3, Taman Permai Jaya di sini pada kira-kira 11.42 pagi Jumaat sambil diperhatik­an oleh dua penduduk di kawasan itu.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Polis mengusung mayat pelajar Tahun Enam James Tiong Kiong Hoe, 12 yang ditemukan lemas di Sungai Seduan dekat Lorong Permai Jaya 1F/3, Taman Permai Jaya di sini pada kira-kira 11.42 pagi Jumaat sambil diperhatik­an oleh dua penduduk di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia