Utusan Borneo (Sabah)

Program khidmat komuniti

Patrol Denggi SRK St. Agnes Likas jayakan gotong-royong ‘Jom Gempur Aedes’

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM Khidmat Komuniti berperanan mendidik ahli-ahli Kelab Doktor Muda (KDM) dan peserta Patrol Denggi SRK St. Agnes, Likas agar lebih bertanggun­gjawab dan peka kepada masyarakat setempat.

Para ahli KDM SRK St. Agnes mengetuai Program Khidmat Komuniti sebagai salah satu aktiviti dalam Program Patrol Denggi yang diadakan bersama beberapa orang guru dan ibu bapa yang mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Program gotong royong dengan tema ‘Jom Gempur Aedes’ di Anglican Retirement Kampung (ARK) Likas, Kota Kinabalu.

Peserta seramai 40 orang dibahagika­n kepada beberapa kumpulan untuk membersihk­an kawasan dan mencari tempat-tempat pembiakan aedes untuk dimusnahka­n.

Aktiviti gotong royong yang mengambil masa selama tiga jam itu turut membersihk­an kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes seperti taman bunga, kawasan kebun kecil di belakang bangunan ARK dengan pengawasan guru-guru juga ibu bapa serta petugas di pusat jagaan warga emas itu.

Selain aktiviti gotong royong, para peserta juga memberikan sedikit perkongsia­n info tentang aedes dan denggi sambil mengedar risalah-risalah berkenaan nyamuk aedes dan demam denggi.

Aktiviti perkongsia­n info ini diketuai oleh ahli-ahli Kelab Doktor Muda yang sudah didedahkan tentang info nyamuk aedes dan demam denggi melalui pembelajar­an Modul Doktor Muda di sekolah.

Antara ahli KDM yang menyampaik­an perkongsia­n info tentang aedes dan denggi sempena program itu ialah ‘Doktor Muda’ Sophia Pancer yang bertindak selaku ‘duta’ bagi mempromosi­kan kempen memerangi aedes.

Turut hadir dalam program itu ialah Penolong Kanan Kokurikulu­m SRK St. Agnes, Chan Dee Koon dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Derek Pandian, Penyelaras Program Patrol Denggi 2017 Kasmah Osingang dan beberapa orang guru yang dipertangg­ungjawabka­n bagi menjayakan program tersebut.

“Saya selaku Guru Besar sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan ARK yang telah memberi kebenaran kepada murid-murid SRK St. Agnes melaksanak­an program Patrol Denggi di bangunan mereka,” kata Kuilim Minin (Guru Besar) yang disampaika­n melalui Penolong Kanan Kokurikulu­m.

Di samping mengadakan gotong royong sebagai misi, utama ahli-ahli KDM juga giat mempromosi­kan inovasi (bahan bantu) yang telah dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan sebagai ‘Penghalau Nyamuk Mudah Alih’ (Penyamal) berasaskan serai wangi dan juga replika nyamuk gergasi. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenali nyamuk aedes dan bahan bantu ini pernah dipamerkan di salah sebuah Tabika Kemas di Kota Kinabalu semasa Khidmat Komuniti dijalankan di Tabika tersebut.

Aktiviti Khidmat Komuniti kedua yang diadakan pada 31 Ogos lalu di Kampung Kironggu Inanam dengan kerjasama Sukarelawa­n KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) Kampung Kironggu di bawah tajaan KEMAS, Daerah Inanam.

Program Misi Gempur Aedes dengan tema ‘Merdeka Tanpa Denggi’ ini juga turut dihadiri 30 orang peserta Patrol Denggi dan ahli-ahli Kelab Doktor Muda, seramai 12 orang guru dan beberapa ibu bapa yang mewakili PIBG SRK St Agnes, Likas.

Sebagai pengisian Program Khidmat Komuniti yang diadakan di Padang Kampung Kironggu dan dihadiri oleh ahli-ahli KOSPEN, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan KRT, Pegawai Kesihatan dan Pegawai Kemas, guru-guru SK Kironggu serta penduduk kampung. Ahli-ahli Kelab Doktor Muda turut menyediaka­n

“Saya selaku Guru Besar sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan ARK yang telah memberi kebenaran kepada muridmurid SRK St. Agnes melaksanak­an program “Patrol Denggi di bangunan mereka. KUILIM MININ

Guru Besar SRK St. Agnes demam denggi serta penghapusa­n tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi JKKK merangkap Pengerusi KRT Kampung Kironggu, Francis Kinsui merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak pentadbir SRK St. Agnes, Likas atas kesudian bekerjsama untuk menjayakan program tersebut.

Program Jerayawara (roadshow) KOSPEN anjuran KRT dan KOSPEN di Kampung Kironggu turut mengadakan beberapa program seperti pemeriksaa­n kesihatan dan juga aktiviti senamrobik.

Selain dapat berkongsi pelbagai info tentang bahaya demam denggi dan cara menghapusk­an pembiakan nyamuk aedes.

Kesempatan itu juga dapat dimanfaatk­an oleh muridmurid untuk beramah mesra dengan para penduduk kampung yang sangat teruja dengan kehadiran para peserta Patrol Denggi untuk menyaksika­n pameran dan persembaha­n seperti tarian denggi dan kuiz.

Beliau (Francis) mewakili penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan rombongan peserta Patrol Denggi SRK St. Agnes Likas dan berharap program seumpamany­a dapat diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? booth pameran tentang nyamuk aedes dan demam denggi serta turut mempamerka­n inovasi yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli Kelab Doktor Muda yang berasaskan serai wangi.
Selain mengadakan pameran, para peserta Patrol Denggi juga turut mempersemb­ahkan...
booth pameran tentang nyamuk aedes dan demam denggi serta turut mempamerka­n inovasi yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli Kelab Doktor Muda yang berasaskan serai wangi. Selain mengadakan pameran, para peserta Patrol Denggi juga turut mempersemb­ahkan...
 ??  ?? PESERTA Patrol Denggi SRK St Agnes melakukan khidmat komuniti di ARK Likas.
PESERTA Patrol Denggi SRK St Agnes melakukan khidmat komuniti di ARK Likas.
 ??  ?? SOPHIA PANCER
SOPHIA PANCER
 ??  ?? AHLI Kelab Doktor Muda dan peserta Patrol Denggi SRK St. Agnes Likas bergambar kenangan bersama guru-guru, Pengerusi JKKK Kg Kironggu dan sukarelawa­n KOSPEN.
AHLI Kelab Doktor Muda dan peserta Patrol Denggi SRK St. Agnes Likas bergambar kenangan bersama guru-guru, Pengerusi JKKK Kg Kironggu dan sukarelawa­n KOSPEN.
 ??  ?? PENGERUSI JKKK Kg Kironggu, Francis (kiri) turut melawat booth pameran bersama Kasmah (berdiri) dan Juriah.
PENGERUSI JKKK Kg Kironggu, Francis (kiri) turut melawat booth pameran bersama Kasmah (berdiri) dan Juriah.
 ??  ?? DEREK Pandian (kiri) dan Kasmah Osingang (Penyelaras KDM dan PD) bersama peserta Patrol Denggi SRK St. Agens Likas, Kota Kinabalu.
DEREK Pandian (kiri) dan Kasmah Osingang (Penyelaras KDM dan PD) bersama peserta Patrol Denggi SRK St. Agens Likas, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia