Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Hokkien Lahad Datu sumbangkan 22 kotak pampers

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

PERSATUAN Hokkien Lahad Datu telah menyumbang­kan sebanyak 22 kotak pampers kepada Taman Didikan KanakKanak Kurang Upaya, Rumah Sinar Pelangi, pada Jumaat.

Rombongan pesatuan yang diwakili Tan Cheng Teng selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu dalam kunjungan itu berkata, ini merupakan kunjungan pertama yang diadakan oleh persatuan ke Rumah Sinar Pelangi.

“Dalam masa sama pihaknya juga turut menyampaik­an sumbangan keperluan pampers kepada seramai empat orang golongan OKU yang memerlukan dan menetap di rumah itu sejak ia beroperasi empat bulan lalu.

“Ini adalah sebagai salah satu permulaan bagaimana cara persatuan Hokkien dapat meringanka­n beban golongan yang memerlukan sekaligus berharap mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada manamana pihak atau individu yang sudi menyalurka­n sebarang bantuan kepada Rumah Sinar Pelangi ini.

“Anda bolehlah berkunjung sendiri ke Taman Didikan Kanakkanak Kurang Upaya ini yang terletak berhampira­n Taman Rekreasi Lahad Datu agar kita bersamasam­a membantu meringanka­n beban mereka,” katanya.

Terdahulu, penguasa Rumah Sinar Pelangi Dayang Darweena Dardie mengucapka­n jutaan terima kasih kepada persatuan Hokkien Lahad Datu kerana sudi meluangkan masa berkunjung sekaligus menyampaik­an sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Sudah tentu dengan adanya sumbangan tersebut, ia dapat meringanka­n beban bukan sahaja kepada kanak-kanak kurang upaya malah kepada kakitangan yang bertugas di rumah ini.

“Sesungguny­a pemberian itu amat dihargai dan kami amat mengalu-alukannya,” katanya.

 ??  ?? DAYANG (enam kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada persatuan Hokkien atas sumbangan yang diberikan.
DAYANG (enam kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada persatuan Hokkien atas sumbangan yang diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia