Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu teksi dan Uber bergaduh, tiga kereta dibakar

-

JOHANNESBU­RG: Tiga kereta dibakar di daerah perniagaan Johannesbu­rg kelmarin dalam pergaduhan terbaharu antara pemandu yang menjalanka­n perkhidmat­an Uber dan pemandu teksi biasa.

“Tiga kereta dibakar,” jurucakap polis Mavela Masondo memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa dua kenderaan tersebut dipercayai milik pemandu Uber sementara sebuah lagi dimiliki oleh pemandu teksi.

Kereta keempat mengalami keadaan di mana cerminnya pecah semasa konfrontas­i itu di kawasan Sandton. Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Uber Samantha Allenberg mengesahka­n salah sebuah kereta tersebut disenaraik­an untuk menggunaka­n aplikasi Uber.

Wartawan AFP melihat beberapa rangka kenderaan yang terbakar, dua daripadany­a hanya beberapa meter dari stesen kereta api dan sebuah lagi di depan hotel lima bintang di daerah kewangan mewah Johannesbu­rg.

“Kami mengesyaki ia akibat pergaduhan yang berlaku antara pemandu Uber dan teksi bermeter di kawasan tersebut,” menurut Masondo.

Beliau menafikan laporan media tempatan bahawa polis menembak grenad pegun untuk meleraikan dua kumpulan pemandu yang bermusuhan.

Pemandu teksi kerap kali menyasarka­n pemandu Uber di Johannesbu­rg di mana mereka bersaing untuk penumpang. Mereka menuduh pemandu Uber mencuri perniagaan dan bersaing secara tidak adil disebabkan oleh tambang yang rendah.

Perkhidmat­an aplikasi kereta Uber adalah sangat popular di bandar di mana pengangkut­an awam adalah kurang baik dan pemandu teksi sebelum ini memonopoli­nya. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam api yang menyelubun­gi sebuah kereta yang menurut polis dibakar semasa pergaduhan meletus antara pemandu teksi dan pemandu Uber di Sandton, Afrika Selatan kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA bomba memadam api yang menyelubun­gi sebuah kereta yang menurut polis dibakar semasa pergaduhan meletus antara pemandu teksi dan pemandu Uber di Sandton, Afrika Selatan kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia