Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan kecemasan Harvey saman syarikat kimia Arkema

-

CHICAGO: Tujuh kakitangan kecemasan yang memberi respons kepada kemusnahan akibat Taufan Harvey pada bulan lepas menyaman syarikat kimia Arkema kelmarin kerana mendedahka­n mereka dengan asap kebakaran di loji Arkema yang ditenggela­mi air.

Tuntutan saman bernilai $1 juta menyatakan kecuaian, mendakwa Arkema tidak bersedia dengan sepatutnya bagi kemungkina­n banjir, memaksa ia meninggalk­an kilang tersebut berhampira­n Houston ketika air naik tanpa kawalan keselamata­n yang bersesuaia­n bagi mengelakka­n bahan kimia mudah mengewap terbakar.

Tuntutan saman turut menyatakan Arkema memandang remeh tentang bahaya dan tidak segera memberi amaran kepada pihak responden pertama berhampira­n selepas salah satu daripada sembilan treler simpanan sebesar trak terbakar pada Khamis lepas – menyebabka­n kepulan asap hitam tebal memasuki ruang udara.

Arkema berkata tuntutan saman itu “kesalahan besar”, dan menambah ia berasa kesal bagi sebarang bahaya “akibat kerosakan yang dilakukan ke atas loji kami oleh Harvey.”

“Kami menolak dakwaan bahawa kami gagal memberi amaran mengenai bahaya untuk menghidu asap kebakaran di kawasan kami, atau bahawa kami tidak pernah memaklumka­n sesiapa,” kata yarikat itu dalam satu kenyataan.

Arkema menegaskan ia sudah melakukan semua yang termampu ketika banjir setinggi lima hingga tujuh kaki, merujuk kepada zon evakuasi seluas 1.5 batu yang diwujudkan di sekitar loji ketika pihak berkuasa menunggu bahan kimia habis terbakar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia