Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Irma jejas lebih banyak kawasan di Caribbean, 12 maut

-

CAP-HAITIEN: Taufan Irma kelmarin membadai lebih banyak kawasan di rantau Caribbean, meranapkan rumah dengan cuaca terburuk dalam rekod selain mengorbank­an sekurang-kurangnya 12 nyawa sebelum ia bersiap sedia untuk bergerak ke Amerika Syarikat (AS), di mana sejuta penduduk diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat.

Evakuasi di kawasan pantai Florida dan negeri jiran Georgia merupakan yang terbesar pernah dilihat di AS sejak 12 tahun lalu, manakala Brock Long, ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n AS, memberi amaran: “Ia pasti amat dahsyat sekali.

“Seluruh tenggara AS lebih baik bangun dan beri per-hatian.”

Taufan Kategori Lima Irma,yangberger­akdirantau Caribbean, membawa ribut gergasi dan hujan lebat, dan menyebabka­n kemusnahan di pulau kecil seperti St Martin, di mana 60 peratus kediaman ranap, sebelum ia membadai Virgin Islands AS dan Puerto Rico.

Dalam amukannya menuju ke barat, Irma membawa ribut selaju 295 kilometer sejam (ksj), kekuatan yang dikekalkan­nya selama 33 jam – paling lama bagi mana-mana taufan sejak pemantauan satelit bermula pada zaman 1970-an.

Buletin terbaharu dari Pusat Taufan Negara di Miami memuatkan amaran taufan dan badai pertama bagi selatan Florida dan Florida Keys, walaupun ribut reda sedikit kepada 165ksj.

Taufan itu meninggalk­an kemusnahan besar. Persatuan Palang Merah Antarabang­sa berkata 1.2 juta orang sudah pun terjejas akibat Irma, jumlah yang boleh meningkat kepada 26 juta.

Di kebanyakan pulau, bumbung dirobek dari bangunan seakan-akan oleh tangan gergasi, kontena kapal dilontar ke tepi seperti batang mancis dan puing terpelanti­ng jauh, manakala lapangan terbang, pelabuhan laut dan rangkaian telefon bimbit mengalami kerosakan.

Sekurang-kurangnya dua orang maut di Puerto Rico, kata soerang pegawai penyelamat kanan. Lebih separuh daripada populasi seramai tiga juta orang di wilayah itu tidak ada bekalan tenaga, dan sungai melimpahi tebingan di bahagian tengah dan utara pulau tersebut.

Gabenor Ricardo Rossello mengaktifk­an Pasukan Pengawal Negara dan membuka pusat perlindung­an taufan yang mencukupi untuk 62,000 orang.

Pihak berkuasa di Virgin Islands AS turut melaporkan empat kematian.

“Kita kehilangan aset yang signifikan dan banyak, dari segi balai bomba, balai polis,” Gabenor Kenneth Mapp menyebut dalam satu paparan Facebook, dan menambah kemudahan kesihatan utama di wilayah itu, Schneider Regional Medical Center, kehilangan bumbungnya.

Lisa Poser, seorang jurucakap Mapp, memberitah­u AFP mangsa yang cedera parah di wilayah itu telah dibawa ke Puerto Rico dan memberi amaran lebih banyak kematian dijangkaka­n kerana pihak berkuasa masih menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

St Martin, sebuah pulau peranginan yang asli dan dibahagika­n di antara Perancis dan Belanda, turut dibadai dengan teruk oleh taufan berkenaan.

Perancis berkata empat orang sudah mati dan 50 lagi cedera, dua daripadany­a serius. Sebanyak 60 peratus kediaman begitu rosak sekali sehingga ia tidak dapat dihuni.

Belanda pula berkata taufan itu membunuh sekurangku­rangnya seorang individu danmencede­rakanbeber­apa lagi di bahagian Belanda di St Martin.

Belanda berkata ia sedang berusaha untuk menyediaka­n makanan dan air bagi 40,000 orang dalam tempoh lima hari akan datang manakala Pe-rancis berkata lebih 100,000 pakej catuan perang sedang dalam perjalanan.

Britain berkata ia telah menghantar dua kapal perang untuk membantu mangsa di rantau Caribbean, dan memperuntu­kkan bantuan bernilai AS$41 juta (RM184.5 juta).

Irma turut memusnahka­n pulau Barbuda yang meng-alami “kemusnahan mutlak”, dengan 30 peratus hartanah yang hancur, kata Perdana Menteri Gaston Browne.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa selamat di pulau itu, kata seorang wartawan AFP, manakala kira-kira 300 orang tanpa tempat perlindung­an dipindahka­n ke Antigua.

Seorang individu diketahui maut di pulau yang mempunyai 1,600 penduduk itu, dipercayai seorang kanak-kanak dari sebuah keluarga yang cuba pergi ke tempat lebih selamat.

Irma melanda rantau Caribbean ketika dua taufan lain, Jose di Lautan Atlantik dan Katia di Teluk Mexico, dinaik taraf kepada status hurikan.

Katia, taufan Kategori Satu, dijangka melanda pantai negeri Veracruz di Mexico semalam.

Jose, yang mengikuti laluan Irman dan terletak ke timur Lesser Antilles lewat kelmarin, mengukuh kepada taufan Kategori Tiga, dengan ribut selaju 120 batu sejam, kata Pusat Taufan Negara AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia