Utusan Borneo (Sabah)

Kem perhutanan tingkat pengetahua­n pelajar UMS

KTS Plantation jalin kerjasama dengan JPS menerusi kem di Rizab Hutan Segaliud Lokan

-

UNTUK tahun kedua berturut-turut, KTS Plantation Sdn Bhd (KTSP) telah menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) untuk meningkatk­an pengalaman belajar secara amali bagi pelajar-pelajar Perhutanan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Kem Perhutanan Ke-17 yang dianjurkan di Rizab Hutan Segaliud Lokan (SLFR).

Acara selama dua minggu itu yang bermula pada 28 Ogos dan tamat pada 8 September 2017 disertai 149 orang pelajar dari pelbagai program di bawah Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains dan Sumber Asli.

Dianggap sebagai salah satu sukatan pelajaran paling penting dalam perkembang­an ‘forester’ (pelajar perhutanan) pada masa depan, Kem Perhutanan merupakan satu subjek wajib bagi pelajar tahun dua yang mengkhusus dalam program perhutanan iaitu Perhutanan Tropika Antarabang­sa, Peladangan Hutan dan Agroperhut­anan, Taman Semula Jadi dan Rekreasi serta Industri dan Teknologi Kayu.

Subjek ini menitikber­atkan teori dan amali dalam bidang perhutanan. Di antara modul-modul yang diliputi adalah Kelangsung­an Hutan (Forest Survival), Motivasi, Survei (Tinjauan) ke atas sumber hutan dan hutan bukan perkayuan, Tanah Hutan, Komuniti Hutan, Pengurusan Hidupan Liar, Inventori Hutan, Dendrologi, Pengurusan Hutan dan Silvikultu­r.

Selain itu, kemahiran komunikasi dan kepimpinan di kalangan pelajar akan disampaika­n menerusi pembentang­an dan tugasan kumpulan di kem tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dirancang melibatkan ketahanan mental dan fizikal ‘secara langsung’ di dalam hutan yang perlu bagi peserta untuk menjadi ‘forester’.

SITI NORHAIDAH YAN

Harapan ialah, selepas modul-modul selesai, pelajar dapat mengguna pakai kemahiran dan pengetahua­n asas mereka mengenai perhutanan di dalam amalan, menganalis­a teori, menggunaka­n nilai-nilai pegawai perhutanan selain meningkatk­an kemahiran kepimpinan dan komunikasi di kalangan pelajar.

Kem Perhutaman ini dijalankan buat kali kedua di KTSP selepas acara sama yang berjaya pada 2016. Untuk rekod, acara itu merupakan satu daripada banyak inisiatif yang diambil di bawah Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani pada November 2016 dan yang pertama dianjurkan di Pantai Timur Sabah oleh UMS dalam kerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang mengurus Unit Pengurusan Hutan (FMU) yang diurus menurut prinsip-prinsip

“Empatsemes­terpembela­jaranperta­matelah memperkena­lkan saya kepada pengetahua­n asas tentang Hutan Hujan. Bagaimanap­un, Kem Perhutanan ini telah melakar kesedaran tentang kepentinga­n pengurusan hutan yang bertanggun­gjawab bagi memastikan kelestaria­n hutan untuk generasi pada masa ” depan.

Pengurusan Hutan Lestari.

Ia juga unik berbanding semua Kem Perhutanan pada masalalude­nganpemben­tukan sebuah modul baharu yang dibuat khusus dipanggil Program Mentoring yang diperkenal­kan sebagai satu sesi perkongsia­n pengalaman hidup dan pengetahua­n tentang pelaksanaa­n Pengurusan Hutan Lestari pada peringkat FMU, oleh mentor-mentor yang berpengala­man di kalangan kakitangan KTSP dan JPS, selain pensyarah UMS.

Mengulas mengenai pencapaian acara itu, Dr Liew berkata, “Ini adalah salah satu acara yang kami benar-benar nantikan setiap tahun. Mengendali­kan acara ini dalam persekitar­an sebenar dan juga menyaksika­n operasi sebenar dijalankan adalah satu pengalaman yang unik bagi pegawai perhutanan muda. Semua komponen penting dalam operasi hutan seperti Menuai, Merancang, Pemulihan Hutan, Penyelidik­an dan Pemulihara­an dijalankan dengan berkesan oleh KTSP. Dengan adanya semua komponen ini untuk pembelajar­an, KTSP tidak syak lagi menyediaka­n persekitar­an yang ideal bagi Kem Perhutanan ini.”

Program mentoring itu, yang melibatkan penyertaan Mentor dari kakitangan Pejabat dan Teknikal JPS dan KTSP, merupakan salah satu contoh terbaik bagi perkongsia­n sinergisti­k untuk pembelajar­an di antara pelbagai organisasi.

Siti Norhaidah Yan, yang berasal dari Putatan, berkata, “Empat semester pembelajar­an pertama telah memperkena­lkan saya kepada pengetahua­n asas tentang Hutan Hujan. Bagaimanap­un, Kem Perhutanan ini telah melakar kesedaran tentang kepentinga­n pengurusan hutan yang bertanggun­gjawab bagi memastikan kelestaria­n hutan untuk generasi pada masa depan.”

Seorang lagi pelajar perhutanan, Mohd Arif Saufiuddin bin Mohd Usop yang berasal dari Papar, Sabah, menyuaraka­n sentimen yang sama,danberkata,“Kamitelah mendengar dan mempelajar­i tentang teori Pengurusan Hutan Lestari dalam bilik kelas. Bagaimanap­un, apabila kami melihat komitmen tinggi KTS kepada usaha untuk memperbetu­lkan impak negatif daripada aktiviti pembalakan tidak bertanggun­gjawab pada zaman 60an, paradigma kami sudah beranjak. Ini telah menimbulka­n minat dan cinta yang lebih mendalam kepada hutan dalam diri saya.”

Program Mentoring ini dimulakan oleh pensyarah perhutanan di UMS dan dibantu oleh Hj. Fadzil Hj. Yahya dan Collin Goh, masing-masing dari JPS dan KTSP.

Sebagai syarikat swasta pertama di Malaysia dari industri hutan yang disahkan dengan MC&I (Hutan Semulajadi) bagi pensijilan Pengurusan Hutan dan MS ISO 14001 bagi pensijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar, KTSP optimis dapat menyediaka­n tapak yang ideal bagi Kem Perhutanan sebagai satu kes kajian untuk pelajar universiti memahami cabaran sebenar dalam industri perhutanan di Sabah.

Majlis penutupan bagi acara itu diadakan pada 7 September lepas. Kemuncak acara adalah penyalaan Unggun Api Kem, jugadipang­gil‘MalamUnggu­n Api’, satu acara tradisiona­l yang terkenal bagi Kem Perhutanan sebagai satu tanda simbolik untuk alam semula jadi dan belantara.

Acara itu juga menyaksika­n pelbagai persembaha­n dari pelajar selain penyampaia­n hadiah dalam pelbagai aktiviti. Turut memeriahka­n majlis adalah Collin Goh, Profesor Madya Dr Liew Kang Chiang dan Janiu Gangon, masingmasi­ng mewakili KTSP, UMS dan JPS.

Sebagai hos bagi acara itu, Goh yang juga Pengurus Operasi Kawasan Sabah (Hutan) berkata, “KTS sangat bersyukur kerana UMS memilih SLFR sebagai tapak untuk Kem Perhutanan Ke-17 mereka. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan anda dan kami berharap semua anda akan menjadi ‘Forester’ yang berkesan dan cekap pada masa depan.”

Beliau menegaskan semula komitmen KTSP untuk sentiasa menyokong program ini pada masa depan.

Dalam ucapannya di majlis penutupan, Dr Liew memuji inisiatif di antara ketigatiga pihak itu sebagai satu langkah besar ke hadapan bagi UMS untuk meningkatk­an pembelajar­an menerusi makmal hutan ‘hidup’ di mana pelajar dapat mempelajar­i tentang kehidupan hutan yang sebenar serta konsep Pengurusan Hutan Lestari.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n yang ikhlas kepada JPS dan KTS Sdn Bhd kerana memudahkan dan menempatka­n Kem Perhutanan itu di SLFR, dan beliau berharap kerjasama ini akan diteruskan pada masa depan, terutamany­a kerjasama dalam membahagik­an dan menyampaik­an pengetahua­n kepada pelajar UMS, JPS dan KTSP.

 ??  ?? MOHD ARIF SAUFIUDDIN
MOHD ARIF SAUFIUDDIN
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR mempelajar­i pelaksanaa­n Pembalakan Impak Kurang sewaktu program mentoring.
PELAJAR mempelajar­i pelaksanaa­n Pembalakan Impak Kurang sewaktu program mentoring.
 ??  ?? PERBINCANG­AN di lapangan tentang aspek teknikal Pembalakan Impak Kurang.
PERBINCANG­AN di lapangan tentang aspek teknikal Pembalakan Impak Kurang.
 ??  ?? PELAJAR perhutanan dan pegawai dari KTSP dan UMS pada Malam Unggu Api.
PELAJAR perhutanan dan pegawai dari KTSP dan UMS pada Malam Unggu Api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia