Utusan Borneo (Sabah)

Peserta Sabah sedia hadapi ‘ pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Akademi Binaan Malaysia (ABM) mensasarka­n pingat emas pada pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017 dalam bidang Penjubinan Dinding dan Lantai.

Peserta dari Sabah Marinsun Lanun, 21 yakin dengan latihan yang dijalankan selama ini mampu memberikan keyakinan kepadanya untuk mencipta sejarah pada pertanding­an itu.

“Menang dan kalah adalah adat pertanding­an, tetapi sasaran kita adalah menjuarai pertanding­an ini yang mana turut disertai oleh 25 pasukan dari negara lain.

“Sekiranya mampu mendapat pingat emas, maka ianya adalah hadiah terbaik kepada negara ini, diri sendiri, kawan-kawan, keluarga dan juga ABM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM Wilayah Sabah di sini, pada Jumaat.

Marinsun berasal dari Kampung Radu Jalan Korongkom Kota Marudu dan adalah anak ketujuh daripada lapan adik beradik.

Katanya, sebelum ini dia berjaya mendapat pingat emas dalam bidang yang sama pada pertanding­an World Skills Malaysia Kategori Belia peringkat akhir di ABM Wilayah Selatan 2015.

“Saya juga berjaya mendapat pingat perak pada pertanding­an Global Skills Challenge Australia 2017 pada Julai lalu.

“Pada 13 sehingga 19 Oktober depan, saya akan mewakili negara ini dalam pertanding­an World Skills Abu Dhabi 2017 dalam bidang Penjubinan Dinding dan Lantai,” katanya.

Menurutnya, ABM telah memberikan peluang kepadanya untuk mendapatka­n kemahiran agar boleh meningkatk­an ekonomi diri dan keluarga.

“Kami sekeluarga berasal dari kawasan pedalaman dan mempunyai latar belakang kewangan yang tidak baik, oleh yang demikian, kemahiran yang diperolehi daripada ABM khususnya di sini boleh membantu diri saya, ibu bapa serta adik beradik yang lain untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.

“Oleh itu, mungkin selepas tamatnya pengajian saya di sini, saya boleh fokus untuk bekerja sendiri dengan strategi sendiri.

“Pasaran kerja di sini juga menyediaka­n peluang pekerjaan banyak kepada mereka yang mempunyai kemahiran dari ABM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ABM (Wilayah Sabah), Tadzul Radim berkata, pasukan Malaysia mempunyai dua peserta dalam pertanding­an itu, masing-masing dari Sabah dan Johor.

Katanya,sekiranyas­alahsatu peserta itu berjaya mendapat pingat emas, kerajaan Malaysia akan memberikan sejumlah RM100,000 sebagai hadiah kemenangan. Bagaimanap­un, ianya tidak termasuk hadiah kemenangan dari pertanding­an itu di Abu Dhabi.

Turut hadir di Pejabat ABM Wilayah Sabah ialah Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk IR Ahmad Asri Abdul Hamid, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembanguna­n Personel & Kontraktor CIDB Mohd Nazli Ahmad Mahyadin dan pengajar atau Mentor kepada Marinsun, Jasni Idris.

 ??  ?? (DARI kiri) JASNI, Tadzul, Marinsun, Ahmad dan Nazli merakamkan gambar kenangan.
(DARI kiri) JASNI, Tadzul, Marinsun, Ahmad dan Nazli merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia