Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat industri diperlukan bagi jayakan Kedah sebagai ‘Food Valley’

-

ALOR SETAR: Kedah memerlukan lebih ramai penggiat industri untuk menjayakan matlamat menjadikan negeri ini sebagai ‘Food Valley’ atau hub pengeluara­n makanan utama negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembanguna­n dan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata jaringan antara pihak berkenaan dapat mewujudkan rantaian kerjasama yang baik antara agensi dan jabatan.

Katanya tiga elemen akan diberi tumpuan iaitu bidang pertanian, perikanan dan penternaka­n berikutan ia merupakan industri yang berdaya maju dan mempunyai pasaran yang meluas dalam dan luar negara.

“Melalui Kedah Food Valley ini, tumpuan turut diberikan kepada nilai tambah kepada sesuatu produk agar lebih berkualiti melalui proses teknologi pengilanga­n yang sempurna sehingga mewujudkan banyak permintaan dan penawaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kursus Penjenamaa­n dan Pemasaran Melalui Strategi Lautan Biru peringkat negeri di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah Lembaga Kemajuan Perta- nian Muda (MADA), Dzulkifli Yaakub, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Khalit Kasmoin.

Katanya konsep ‘food valley’ yang dilaksanak­an di Obihiro, Jepun di bawah program Tokachi Food Valley dan di Chiang Mai, Thailand di bawah program Thailand Food Valley telah berjaya menjadikan kedua-dua negara itu sebaris antara negara pengeluar makanan dunia.

“Kemudahan sedia ada di Kedah seperti Kedah Halal Park, KbioCorp dan kepakaran pihak universiti akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk menyokong dan menjayakan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata Kedah Food Valley akan turut menggalakk­an sektor pelanconga­n dengan pelbagai segmen.

“Di Taiwan, orang tidak mengunjung­i pasar raya besar tetapi tempat-tempat penghasila­n makanan seperti beras, sayur, jagung dan kolam ikan. Oleh sebab itu, kita mahu program ini dijayakan kerana ia memberi kesan yang baik kepada negara dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, beliau mengingatk­an usahawan untuk bergerak bersama usahawan yang menempah nama dalam industri yang diceburi agar berdaya maju seperti mereka.

“Usahawan muda khususnya diharapkan terus komited bersaing terutamany­a dalam dunia perniagaan masa kini dan terus meneroka perusahaan yang berorienta­sikan dalam talian untuk memperoleh lebih banyak peluang dan memberi keuntungan,” katanya.

Seramai 65 peserta termasuk usahawan MADA menghadiri kursus selama dua hari itu untuk membuka minda dan mempelajar­i aspek pembungkus­an, pelabelan dan promosi selain memberi keyakinan kepada usahawan untuk mengembang­kan perniagaan mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SURAYA (duduk tiga, kiri) bergambar dengan peserta kursus selepas Majlis Penutup Kursus Penjenamaa­n dan Pemasaran Melalui Strategi Lautan Biru peringkat negeri Kedah.
— Gambar Bernama SURAYA (duduk tiga, kiri) bergambar dengan peserta kursus selepas Majlis Penutup Kursus Penjenamaa­n dan Pemasaran Melalui Strategi Lautan Biru peringkat negeri Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia