Utusan Borneo (Sabah)

Northport, Shin Yang, Harbour-Link meterai MoU kerjasama strategik

-

KUALA LUMPUR: Northport (Malaysia) Bhd (Northport), Shin Yang Shipping Sdn Bhd dan Harbour-Link Group Bhd, memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk menjalin kerjasama strategik yang dipanggil The East Malaysia Network atau TEAM Network.

MMC Corporatio­n Bhd dalam satu kenyataan di sini berkata, MoU itu bertujuan mencapai ekonomi bidangan (ekonomi menguntung­kan dari segi kos) menerusi perkongsia­n sumber seperti kapal, perjanjian terminal dan rangkaian.

“Ia juga dijangka meningkatk­an kekerapan perkhidmat­an perkapalan menerusi penyelaras­an berjadual antara Shin Yang dan Harbour-Link.

“Dengan penggabung­an kapasiti kapal antara dua syarikat itu, perjanjian tersebut akan mewujudkan ekonomi bidangan yang lebih besar dengan penggunaan kapal yang optimum dan liputan pelabuhan yang lebih meluas. Ia juga akan membawa kepada penguranga­n perbelanja­an operasi serta pengoptimu­man perbelanja­an modal bagi kedua-dua syarikat perkapalan itu,” kata MMC Corporatio­n.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata kekuatan Northport, Shin Yang dan Harbour-Link akan disatukan bagi menguruska­n bersama dengan efektif permintaan industri perkapalan menerusi perancanga­n sumber strategik.

“”Di bawah kerjasama strategik TEAM Network, Northport dijangka menyediaka­n perkhidmat­an pelaburan yang cekap dan efektif dan produktivi­ti terminal tinggi. Kerjasama ini juga dijangka memberi manfaat besar dari segi sinergi yang disalur daripada kumpulan MMC Ports menerusi nilai logistik bersepadun­ya,” katanya.

Northport, anak syarikat MMC Port Holdings Bhd (anak syarikat milik penuh MMC Corporatio­n) terlibat dalam menguruska­n, membangunk­an dan mengendali­kan pelabuhan kontena dan terminal di Malaysia.

Shin Yang Shipping yang merupakan sebahagian daripada Shin Yang Group, konglomera­t yang berpangkal­an di Miri, Sarawak, terlibat dalam perkapalan domestik dan antarabang­sa, pembinaan kapal, perkayuan, pembanguna­n hartanah, logistik pelabuhan ke rumah, pengangkut­an, rumah gudang, depot kontena, hotel, kejurutera­an marin, kejurutera­an sivil dan perladanga­n.

Harbour-Link Group ialah konglomera­t berpangkal­an di Bintulu, Sarawak, yang terlibat dalam logistik bersepadu, perkapalan dan marin, kejurutera­an dan pembinaan, pengangkut­an dan pembanguna­n hartanah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia