Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research naikkan penarafan Mitrajaya kepada ‘berprestas­i pasaran’

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research menaikkan penarafan Mitrajaya Holdings Bhd (Mitra) kepada ‘berprestas­i pasaran’ selepas syarikat itu memperoleh dua projek bangunan baharu bernilai RM377.45 juta.

Kelmarin, Mitrajaya mengumumka­n unit milik penuhnya, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd (PMJ), memperoleh dua projek, pembinaan bangunan akademik serta lot parkir untuk sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang dijadualja­n siap pada September 2019.

Satu lagi projek melibatkan pembinaan rumah mampu milik di bawah skim ’Rumah Selangorku’ daripada Gema Padu Sdn Bhd, dan dijadualka­n siap pada Ogos 2020.

Dalam nota berasingan, Kenanga Research berkata ia membuat saranan neutral ke atas kedua-dua projek berkenaan, memandangk­an kontrak terbabit serta kelulusan lain setakat tahun ini, bernilai RM787 juta, masih dalam sasaran penambahan bernilai RM800 juta.

“Kami memgambil maklum bahawa sasaran penambahan kami sebanyak RM800 juta lebih konservati­f berbanding panduan sasaran RM1.0 bilion memandangk­an kedudukan pasaran hartanah yang lemah, dengan Mitra mempunyai rekod kukuh dalam projekproj­ek bangunan tinggi,” kata firma penyelidik­an itu.

Mengenai unjurannya, Kenanga berkata projek sedia ada Mitra bernilai RM1.80 bilion, menyediaka­n ketampakan pendapatan untuk dua tahun lagi dengan jualan yang belum dituntut sebanyak RM233 juta.

‘’Kami menaikkan saranan kami kepada ‘berprestas­i pasaran’ daripada ‘meningkat’, dengan harga sasaran yang tidak berubah pada RM1.20,” kata Kenanga.

Pada jam 11.38 pagi, harga saham Mitra meningkat tiga sen kepada RM1.13 dengan 3.43 juta saham diurusniag­akan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia