Utusan Borneo (Sabah)

AZRB dapat kerja subkontrak bernilai RM221.9 juta untuk BBCC

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan pembinaan dan kejurutera­an awam, Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) semalam menerima surat anugerah bagi kontrak bernilai RM221.9 juta membabitka­n kerja substruktu­r di Bukit Bintang City Centre (BBCC), sebuah projek pembanguna­n bercampur di Jalan Pudu di sini.

Kontrak itu diberikan oleh BBCC Developmen­t Sdn Bhd, di bawah ‘Pakej B2’ yang merangkumi kerja-kerja tanah, cerucuk, tembok diafragma, kerja-kerja pengukuhan konkrit,transmisit­ermasuksub­stesen pengagihan bagi petak empat dan lima projek berkenaan yang terdiri daripada kediaman, hotel dan pejabat.

Kontrak itu dijadualka­n siap dalam tempoh 28 bulan, kata AZRB dalam satu kenyataan kelmarin.

Dengan kontrak baharu itu, tempahan dalam tangan AZRB sekarang ini berjumlah RM3.7 bilion, yang akan mampu mengekalka­n kumpulan dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan AZRB, Datuk Seri Wan Zakariah Wan Muda, berkata: “Kami amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam pembanguna­n ikonik ini. Kemenangan ini adalah bukti kepakaran kami dalam pembinaan bangunan bertingkat tinggi.”

Terletak secara strategik di tapak seluas 7.85 hektar dalam lingkungan segi tiga emas, BBCC merupakan pembanguna­n bercampur yang merangkumi suite kediaman yang moden, hotel, pusat beli-belah, hab hiburan dan hab transit.

BBCC Developmen­t merupakan syarikat usaha sama antara Eco World Developmen­t Group, UDA Holdings Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia