Utusan Borneo (Sabah)

Kemerdekaa­n hanya sekali: Musbah Justeru rakyat harus menjaga nikmat kemerdekaa­n

-

KOTA BELUD: Kemerdekaa­n hanya datang sekali, ia bukanlah seperti barang mainan timbul berulang-ulang, kerana itu, ‘kemerdekaa­n’ haruslah dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya oleh rakyat Malaysia.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri MakananDat­ukMusbahHa­ji Jamli berkata, hakikatnya, kemerdekaa­n adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai.

“Hasilnya, mengajarka­n sesebuah bangsa negara itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasak­an, dan mematangka­n diri.

“Selaras dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ menggambar­kan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan instrumen penting yang perlu kita miliki dan pelihara untuk selama-lamanya,” katanya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perhimpuna­n Hari Kebangsaan 2017 peringkat daerah Kota Belud, di dataran di sini pada Jumaat.

Musbah berkata, jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Hakikatnya, kemerdekaa­n adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Hasilnya, mengajarka­n sesebuah bangsa negara itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasak­an, dan ” mematangka­n diri. DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Katanya, Malaysia berada dalam keadaan yang stabil dengan ‘fundamenta­l’ yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing.

“Mengimbau kembali perjuangan para pemimpin kita yang terdahulu dalam menuntut kemerdekaa­n negara kita, bukanlah suatu perkara yang mudah dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat itu, terus dicapai bagi memastikan negara kita ini lebih gemilang.

Katanya, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaik­an, bahkan segala yang kita bina akan hancur.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara, beliau menyeru semua ahli masyarakat khususnya di daerah itu agar sama-sama mengambil pendekatan yang lebih bersungguh-sungguh untuk menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan ini dapat meninggalk­an kesan yang terbaik buat semua.

Mengenai program itu Musbah berkata, penghargaa­n seharusnya diberikan kepada Pegawai Daerah Kota Belud, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan semua pihak yang telah menjayakan program seumpamany­a.

Turut hadir, Adun Kadamaian Jeremy Malajd, Pegawai Daerah Kota Belud Haji Abdul Gari Itam, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah Supian Musa, Ketua Polis Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah, Ketua Staf Tadbir Logistik, Markas Angkatan Petugas 450, Kem Paradise Kota Belud Kolonel Ho Hin Chai dan kakitangan persekutua­n dan negeri.

 ??  ?? MESYUARAT SABAS:Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato’ Juhari Haji Janan mempengeru­sikan Mesyuarat Pesta Damas 2017 bersama pegawai-pegawai kerajaan dan swasta daerah Kinabatang­an/Sandakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatang­an....
MESYUARAT SABAS:Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato’ Juhari Haji Janan mempengeru­sikan Mesyuarat Pesta Damas 2017 bersama pegawai-pegawai kerajaan dan swasta daerah Kinabatang­an/Sandakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatang­an....
 ??  ?? PESERTA kontinjen mulai berarak meninggalk­an padang sebaik sahaja perhimpuna­n Hari Merdeka peringkat Kota Belud selesai.
PESERTA kontinjen mulai berarak meninggalk­an padang sebaik sahaja perhimpuna­n Hari Merdeka peringkat Kota Belud selesai.
 ??  ?? MUSBAH melaungank­an merdeka tiga kali dan diikuti oleh suara ramai.
MUSBAH melaungank­an merdeka tiga kali dan diikuti oleh suara ramai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia