Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan Ray Redzuan sebagai koreografe­r bangun seni tari Sabah

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL

KOREOGRAFE­R Tari Tempatan yang pernah merangkul anugerah Juara Sehati Berdansa pada 2009, Ray dilihat sebagai ikon kerana keunggulan dan kerjayanya dalam industri hiburan. Selain menggalas tanggungja­wab sebagai pereka tari profesiona­l, Redzuan Awang atau lebih dikenali sebagai Ray berkemahir­an dalam pengurusan program, pengarahan teater, koreografe­r, bermain alat tradisiona­l, menjahit pakaian tradisonal dan mempunyai asas dalam penyunting­an muzik.

Koreografe­r kepada pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi dalam rancangan realiti ‘Sehati Berdansa’ ini pernah mengunggul­i beberapa pencapaian seperti memenangi tempat ketiga program realiti ‘Mari Menari’ musim pertama pada 2010, Juara ‘Mari Menari’ musim kedua tahun berikutnya, peserta suku akhir rancangan realiti ‘Superstar’, Top 4 So You Think You Can Dance 2008, Koreografe­r Program Realiti Showdown, Juara Solo Dance 1998 anjuran Nescafe, Juara Kumpulan Kontempora­ri Etnik 1997 dan koreografe­r terbaik kumpulan 10 Heroes anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah (JKKNS).

Ray yang berpengeta­huan luas dalam asas tari pelbagai genre termasuk tarian Malaysia, Asia dan Barat pernah menjadi koreografe­r dalam Sukan Sukma Pahang, World Hokky Malaysia, Pentas Muzikal Istana Budaya, Persembaha­n Teater Laila Majnun, Sabah Fest, Konsert Mentor dan Konsert Amy Search. Kembara beliau dalam membuat persembaha­n merentasi sempadan negara termasuk Amsterdam, Rotterdam, Brussels, China, Hong Kong, Dubai, Brunei dan beberapa persembaha­n promosi sempena Asean Food, Visit Malaysia dan Fesival Jepun. Mencabar diri dalam bidang pengacaraa­n, Ray pernah manjadi hos untuk Program Sabah Bah anjuran RTM. Telefilem ’16 September’ Astro Citra lakonan Ray bakal ditayangka­n minggu hadapan.

Penglibata­n Ray dalam beberapa pementasan teater sebagai pengarah, pereka tari dan pelakon termasuk Teater Adam dan Hawa, Ronggeng Rokiah, Muzikal Randai Sri Menanti, Laila Majnun, Tun Perak, dan Tun Fatimah Istana Budaya. Rey juga tampil dalam sebuah filem bertajuk

Belukar dan beberapa drama bersiri termasuk Awan Dania, Cinta Kinabalu, Angpow Merah, Bukit Melawati, Nazrul Genius, Pencak Akhir, Duyung Antartika, Sembang Bawa Bimbang, Matahari, Logamaya, Takbir Raya dan Hari Lebaran.

Sepanjang 22 tahun menerajui industri seni tari tempatan, Ray sering mendapat jemputan untuk menjadi juri profession­al dalam pelbagai acara seperti juri Borneo Festival, Judge For Digi Life 2009 sehingga 2011 dan juri Tugu Budaya 2017. Perjuangan beliau dalam bidang seni tari tidak pernah pudar lebih-lebih lagi dalam pembanguna­n industri tari Sabah khususnya. Penubuhan kumpulan tari ‘Ray Dancer’ adalah inisiatif beliau dalam mengasah bakat anak muda dalam bidang tari.

Untuk mengikuti perkembang­an semasa Ray boleh melayari Laman Sosial Facebook: Redzuan Bin Awang dan Instagram: reyredzuan.

 ??  ?? SEMASA menerima anugerah Juara Sehati Berdansa 2009 sebagai koreografe­r.
SEMASA menerima anugerah Juara Sehati Berdansa 2009 sebagai koreografe­r.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia