Utusan Borneo (Sabah)

Jepun di mata Samantha Miles

-

PADA bulan May lalu, saya telah melawat satu negara yang diimpikan dari kecil iaitu Jepun. Negara matahari terbit itu merupakan salah satu dari ‘wish list’ saya untuk menjejakka­n kaki. Bermula dengan meminati kartun Doraemon dari kecil, pengalaman ke Jepun bagaikan saya telah melalui pintu ajaib Doraemon!

Sudah tentu mencuba makanan dari negara lain merupakan benda yang wajib bagi saya. Yang peliknya, saya tidak berapa meminati rasa sushi di Jepun berbanding yang biasanya saya makan di Malaysia. Makanan kegemaran saya sepanjang berada di sana sudah tentunya udon, kuih muih dan snek tradisi Jepun. Memang sedap!

Bagi seseorang yang amat meminati fesyen, industri fesyen di Jepun adalah salah satu pengaruh besar untuk saya sentiasa mendapatka­n inspirasi. Jepun memang dikenali dengan fesyen Harajuku yang unik. Tapi semakin kurang kelihatan fesyen unik ini disebabkan oleh perubahan Harajuku yang digantikan oleh fesyen konservati­f dan kurang unik di kalangan remaja Jepun.

Selain daripada infastrukt­ur bangunan yang maju, makanan yang menarik dan fesyen yang unik, satu perkara yang buat saya ingin tinggal di Jepun sudah tentunya disebabkan oleh keramahan penduduk di sana. Konsep omotenashi, atau keramahan merupakan asas budaya Jepun. Ia adalah satu keistimewa­an untuk tuan rumah mengalu-alukan tetamu dan memastikan semua keperluan mereka dicapai.

Ini terpakai dalam setiap aspek kehidupan, seperti di kedai, restoran dan juga membantu orang asing - terbukti bila satu ketika itu saya telah sesat di salah satu stesen kereta api. Dengan segannya saya meminta bantuan dari salah seorang penduduk di sana. Dia telah membantu saya dengan memberi tahu akan arah tuju yang betul ke destinasi yang ingin saya pergi. Dalam dia berkomunik­asi dengan saya, kelihatan dia tengah begegas ke destinasin­ya tapi dia cuba untuk bantu saya sebaik mungkin.

Saya siap berkata dengan dia yang dia akan terlepas kereta api jika masih mahu menolong saya tapi kata-kata dia buat saya sangat terharu, “biar saya terlepas kereta api tu, yang penting kamu sampai ke dentinasi kamu dengan selamat.”

Jepun memang sentiasa akan jadi sumber inspirasi saya. Terutamany­a keramahan penduduk di sana.

 ??  ?? SEMASA menjadi peserta So You Think You Can Dance 2008 SAMANTHA ERA
SEMASA menjadi peserta So You Think You Can Dance 2008 SAMANTHA ERA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia