Utusan Borneo (Sabah)

1,400 murid DUN Tupong terima bantuan alat tulis

-

KUCHING: Semua 1,400 lebih murid tahun enam daripada 14 sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong menerima bantuan alat tulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Bantuan berkenaan menurut Fazzrudin sebagai motivasi kepada murid untuk membuat yang terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula Isnin ini.

“Kami akan pergi ke semua 14sekolahu­ntukmenyer­ahkan bantuan alat tulis kepada murid menduduki UPSR tahun ini.

“Hari ini sahaja, saya sendiri hadir menyerahka­n bantuan ini kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Batu 7 dan juga Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijak.

“Manakala beberapa lagi kumpulan lain akan ke sekolah lain untuk menyerahka­n bantuan ini sebelum mereka menduduki UPSR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Majlis Penyampaia­n Alat Tulis di SJK Chung Hua, Batu 7 terletak di Jalan Matang dekat sini, pada Khamis.

Tambah Fazzrudin, idea untuk memberi bantuan alat tulis adalah hasil cadangan masyarakat di kawasan Tupong sendiri dikongsi menerusi laman sosial seperti Facebook.

Bantuanala­ttulisinik­atanya, adalah salah satu daripada cadangan yang diterima untuk dilaksanak­an di N.6 Tupong untuk memperbaik­i tahap pendidikan pelajar di kawasan ini.

Fazzrudin turut merancang memperluas­kan lagi program bantuan atau motivasi seperti ini untuk pelajar di peringkat Penilaian Tingakatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) pada tahun depan.

Fazzrudin semalam turut berharap sekolah rendah di kawasan Tupong akan mencatat keputusan lebih baik dalam UPSR tahun ini.

Beliau turut mengucapka­n selamat maju jaya kepada semua murid tahun enam di negeri ini yang akan menduduki UPSR pada Isnin depan.

 ??  ?? FAZZRUDIN (kiri) menyampaik­an bantuan alat tulis kepada sebahagian daripada 113 murid tahun enam SJK Chung Hua, Batu 7, Jalan Matang yang bakal menduduki UPSR tahun ini.
FAZZRUDIN (kiri) menyampaik­an bantuan alat tulis kepada sebahagian daripada 113 murid tahun enam SJK Chung Hua, Batu 7, Jalan Matang yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia