Utusan Borneo (Sabah)

KeTTHA berperanan penting rangka visi TN50

-

KOTA SAMARAHAN: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memainkan peranan penting bersama-sama merangka visi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Timbalan Menterinya Datuk Seri James Dawos Mamit berkata, KeTTHA ditubuh bagi memastikan setiap kemajuan yang dicapai tidak menjejaska­n kualiti alam sekitar di negara ini.

Jelasnya, mekispun negara hanya 0.6 peratus penyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida di dunia berbanding China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, penggunaan teknologi hijau tidak dipinggirk­an.

“Dialog TN50 bersama orang awam adalah penting untuk kerajaan, jika ada yang memberi cadangan atau idea kreatif boleh diketengah dan kerajaan akan pertimbang untuk melaksanak­annya.

“Jadi untuk kementeria­n ini peranannya adalah untuk tenaga, teknologi hijau dan air, apa sahaja permasalah­an dan tindakan perlu dibuat demi menjaga serta mengekal kualiti alam sekitar kita demi generasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di Dewan Jubli Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan 1 di sini pada Khamis.

Pada masa sama Dawos juga Ahli Parlimen Puncak Borneo memberitah­u bahawa kementeria­nnya juga kini giat mempromosi penggunaan teknologi hijau dalam penghasila­n tenaga diperbahar­ui mahupun penapisan air di seluruh negara.

Malah dedahnya, pihaknya sudah menjalanka­n kajian di Kudat, Sabah bagi melaksanak­an penggunaan teknologi hijau bagi menghasilk­an 300 megawatt elektrik dengan menggunaka­n tenaga angin.

Bagi Semenanjun­g Malaysia pula jelasnya, penggunaan tenaga solar juga giat dipromosik­an kepada syarikat-syarikat pembekal tenaga elektrik di situ dalam mengurangk­an pelepasan gas karbon dioksida di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia