Utusan Borneo (Sabah)

Peserta luar negeri laung cabaran

Cabaran Orang Kuat Wanita 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Cabaran Orang Kuat Wanita 2017 turut dimeriahka­n dengan penyertaan dari Brunei, Radimah Mahmud, 35.

Peserta mempunyai berat badan 98kg itu dijangka antara tumpuan pada edisi sulung cabaran berkenaan yang akan berlangsun­g di tapak Pasar Malam Donggongon, Penampang pada 23-24 September.

Radimah adalah peserta luar negeri kedua selepas Sharon Jen, 47, dari Johor mengesahka­n penyertaan minggu lalu.

Kordinator pertanding­an, Roger Frederick ketika memberitah­u perkara itu di sini pada Jumaat berkata, penyertaan terbaru turut diterima daripada Genevieve Simon, 35, dari Penampang dan Verone Lee, 38, dari Manggatal.

“Kehadiran peserta dari luar negeri tentunya menjadikan pertanding­an ini lebih berprestij dan menarik.

“Saya harap lebih ramai peserta tempatan akan mengambil bahagian. Manfaatkan tempat sendiri terutama ini adalah cabaran orang kuat pertama untuk wanita di sini,” kata Roger.

Beliau juga menjangkak­an beberapa lagi penyertaan luar kerana penyertaan dibuka sehingga hari pertanding­an.

Cabaran itu adalah anjuran Penampang Tourism Action Council (PTAC) dan AtukoiFM dengan kerjasama

Majlis Daerah Penampang manakala Pro’Eve adalah penaja rasmi sistem bunyi dan lampu.

Cabaran itu mempertand­ingkan enam acara klasik sukan orang kuat iaitu Atlas Stone, Tyre Flip, Car Deadlift, Yoke Walk, Truck Pull dan Farmer’s Walk.

Hadiah yang disediakan termasukla­h wang tunai di mana juara akan menerima RM1,500, kedua RM1,000, ketiga RM700, keempat RM500, kelima RM400, keenam RM00, ketujuh RM200 dan kelapan RM100.

“Saya harap lebih ramai peserta tempatan akan mengambil bahagian. Manfaatkan tempat sendiri terutama ini adalah cabaran orang kuat pertama untuk “wanita di sini. ROGER FREDERICK Kordinator pertanding­an

 ??  ?? RADIMAH VERONE
RADIMAH VERONE
 ??  ?? GENEVIEVE
GENEVIEVE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia