Utusan Borneo (Sabah)

Program SSN Challenge Zon Labuan–Sabah Sirkit Ke-2 gilap bakat sukan

-

LABUAN: Sebanyak sembilan buah sekolah menengah dari Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan Program Sekolah Sukan Negeri (SSN) Challenge Zon Labuan–Sabah Sirkit Ke-2 yang dikelolaka­n oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara di Kompleks Sukan Labuan pada 25 Ogos.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan WP Labuan Raisin Saidin di Kompleks Sukan Labuan.

Turut hadir Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Hasbolla Amit@Asbola, Pengetua SMK Mutiara Louren Abon dan Pengetua SMK Pantai Sahar Misron.

Menurut Raisin Saidin, SSN Challenge ini merupakan julung kalinya diadakan di WP Labuan.

Katanya, kejohanan kali ini telah memberi peluang terbaik kepada semua peserta yang berumur 14 tahun ke bawah untuk menggilap bakat sukan mereka melalui acara balapan dan padang, bola jaring serta sepak takraw.

Program SSN Challenge ini merupakan suatu wahana yang amat baik untuk mencapai matlamat budaya sukan dalam kalangan pelajar sekolah.

Lapan buah sekolah menengah lain turut dijemput untuk menyertai program sukan tersebut.

Sekolah tersebut ialah SMK Labuan, SMK Pantai, SMK Rancha-Rancha, SMK Taman Perumahan Bedaun, Sekolah Menengah (SM) Sains dan SM St Anthony.

Dua buah sekolah dari Sabah, SMK Datuk Peter Mojuntin dan SMK Ranau turut menjayakan program SSN Challenge tahun ini.

Sementara itu, Pengetua SMK Mutiara Louren Abon berkata, SSN Challenge ini dapat melahirkan­danmengete­ngahkan atlet yang berkualiti di peringkat sekolah.

Selain itu, program sebegini dapat melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat tubuh badan.

Program ini juga dapat menggalakk­an interaksi yang aktif dalam kalangan murid, guru, dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafaka­tan dan perpaduan yang utuh.

“Malah kita juga dapat mengeratka­n hubungan yang baik antara sekolah-sekolah di Sabah dan Labuan melalui semangat kesukanan yang tinggi,”katanya.

Louren tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan memberikan kepercayaa­n kepada SMK Mutiara untuk menjadi tuan rumah untuk mengelola SSN Challenge pada tahun ini.

Sementara itu, SMK Ranau muncul juara acara balapan dan padang selepas meraih enam pingat emas. naib johan dimenangi SMK Mutiara dengan tiga pingat emas dan tempat ketiga, SMK Datuk Peter Mojuntin dengan pungutan 1 emas.

Dalam acara Bola Jaring. juara menjadi milik SMK Datuk Peter Mojuntin, naib johan SM Sains Labuan dan ketiga, SMK Mutiara.

Tuan rumah SMK Mutiara muncul juara kategori Regu dan Double dalam acara sepak takraw manakala SMK Datuk Peter Mojuntin menduduki tempat kedua dan ketiga SMK Labuan.

 ??  ?? AKSI atlet dalam acara lompat jauh.
AKSI atlet dalam acara lompat jauh.
 ??  ?? ASBOLA menyampaik­an pingat dan sijil kepada pemenang sambil diperhatik­an oleh Louren Abon (kiri) dan Sahar Misron (kanan).
ASBOLA menyampaik­an pingat dan sijil kepada pemenang sambil diperhatik­an oleh Louren Abon (kiri) dan Sahar Misron (kanan).
 ??  ?? PESERTA bersaing hebat dalam acara Balapan yang dilangsung­kan di Kompleks Sukan Labuan.
PESERTA bersaing hebat dalam acara Balapan yang dilangsung­kan di Kompleks Sukan Labuan.
 ??  ?? RAISIN diperkenal­kan kepada kontinjen yang bertanding sambil diiringi Louren (kiri).
RAISIN diperkenal­kan kepada kontinjen yang bertanding sambil diiringi Louren (kiri).
 ??  ?? AKSI atlet SMK Mutiara dalam acara lontar peluru.
AKSI atlet SMK Mutiara dalam acara lontar peluru.
 ??  ?? ANTARA aksi pemain sepak takraw.
ANTARA aksi pemain sepak takraw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia