Utusan Borneo (Sabah)

Dembele mulakan aksi sulung

Apabila Barcelona berdepan Espanyol malam ini

-

MADRID: Pemain paling mahal dalam sejarah Barcelona akan turun padang buat pertama kali pada malam ini (Sabtu) apabila Ousmane Dembele (gambar) membuat penampilan sulung dalam perlawanan tetangga Catalan menentang Espanyol.

Atletico Madrid pula bertandang ke kelab yang sudah bangkit semula Valencia dalam perlawanan tarikan utama pada hujung minggu ini, manakala juara Real Madrid akan bermula awal.

Ketibaan pemain Perancis berharga 105 juta euro (RM504 juta) itu merupakan tonik yang amat diperlukan bagi Barca di tengah-tengah huru-hara institusi yang berterusan dengan perbalahan terbuka di antara lembaga dengan beberapa pemain terkemuka.

Presiden Josep Maria Bartomeu mendakwa kontrak baharu untuk Lionel

Messi dan Andres Iniesta, yang akan tamat kontrak pada musim panas akan datang, hanya menunggu masa sahaja Selasa lepas tetapi Iniesta menafikan dakwaan itu bulat-bulat sehari kemudian.

Di atas padang

Barca perlu me- mastikan mereka tidak mengalami sakit kepala yang biasa berlaku selepas waktu rehat antarabang­sa yang dikenali orang tempatan sebagai “virus FIFA”.

Pada waktu ini tahun lepas, Barca mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada Alaves apabila Lionel Messi dan Luis Suarez memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan ekoran komitmen antarabang­sa.

Messi dan Suarez hanya balik semula ke ibu kota Catalan kelmarin setelah dua perlawanan kelayakan Piala Dunia yang amat penting di Amerika Selatan, dan ini bermakna Espanyol mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencatatka­n kemenangan pertama di Camp Nou sejak 2009.

Ia adalah minggu yang amat memberangs­angkan bagi Atletico apabila jurulatih yang memberi inspirasi Diego Simeone melanjutka­n kontraknya sehingga 2020, manakala padang diberi sentuhan terakhir dalam stadium baharu kelab yang dapat menampung 68,000 orang.

Sejak Simeone mengambil alih tugas pada 2011, Valencia mempunyai 11 orang jurulatih. Bagaimanap­un, jurulatih terbaharu mereka Marcelino akhirnya kelihatan semakin berjaya dalam usaha untuk meletakkan semula pasukan Los Che pada landasan yang betul.

Valencia mengutip satu mata dari keputusan seri 2-2 yang rancak di Real Madrid sebelum waktu rehat antarabang­sa dan sejak itu dikuatkan lagi oleh ketibaan Goncalo Guedes dan Andreas Pereira masing-masing sebagai pemain pinjaman dari PSG dan Manchester United. Jika Atletico muncul dengan kejayaan dari stadium Mestalla dan tidak ketinggala­n di belakang Real setelah tiga perlawanan di tempat lawan untuk memulakan musim mereka, cabaran kejuaraan yang serius adalah realistik.

Presiden La Liga Javier Tebas meneruskan bantahanny­a terhadap perbelanja­an sesuka hati oleh PSG sejak ia merampas Neymar dari Barcelona, dan menuduh kelab Paris itu dan Manchester City “kencing ke dalam kolam” dalam sikap mereka yang tidak menghormat­i dasar keadilan kewangan (financial fair play).

Kebimbanga­n Tebas timbul daripada cita-citanya untuk melihat La Liga menandingi kepentinga­n Liga Perdana Inggeris di seluruh dunia dan mendapatka­n kontrak hak televisyen yang sama.

Dengan perkara itu dalam fikiran, masa sepak mula di Sepanyol sudah perlahan-lahan diawalkan sejak beberapa tahun lalu dengan sebelah mata mengintai pasaran Asia.

Sepak mula perlawanan Real menentang Levante pada 1300 waktu tempatan (1100 GMT) pada hari ini akan diteruskan bersama perlawanan blockbuste­r City menentang Liverpool.

Dibayangi kekayaan dan glamor Real dan Atletico, dua kelab yang lebih sederhana di Madrid, Leganes dan Getafe, mempunyai permusuhan mereka sendiri dalam divisyen lebih rendah.

Bagaimanap­un mereka berentap buat pertama kali dalam sejarah dalam liga utama semalam di stadium Butarque milik kelab Leganes yang dapat menampung 11,500 orang dan pasukan tuan rumah malah mempunyai peluang untuk memintas Barcelona dan menduduki tempat teratas liga setelah dua kemenangan dari dua perlawanan pembukaan mereka.

Tepat setahun sejak hari dia meninggalk­an kelab itu, Lucas Perez kembali ke Deportivo la Coruna dari Arsenal pada hari terakhir jendela perpindaha­n.

“Wang tidak membahagia­kan saya. Saya berpindah kerana emosi, kerana perasaan yang saya miliki,” kata Perez, yang mendakwa dia telah menolak tawaran lebih lumayan untuk membolehka­nnya kembali ke tempat asalnya Galicia.

Perez menjaringk­an 17 gol pada musim 2015/16 sebelum perpindaha­nnya dan perlu menjaringk­an gol jika Depor mahu mengelak kempen menentang penyingkir­an selama setahun lagi, bermula dengan kunjungan Real Sociedad esok (Ahad).

“Ketibaan pemain Perancis berharga 105 juta euro (RM504 juta) itu merupakan tonik yang amat diperlukan bagi Barca di tengahteng­ah huru-hara institusi yang berterusan dengan perbalahan terbuka di antara lembaga dengan ” beberapa pemain terkemuka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia