Utusan Borneo (Sabah)

Pertembung­an menarik City dan Liverpool malam ini

-

LONDON: Pep Guardiola (gambar bawah kiri) dan Jurgen Klopp (gambar kanan) merupakan penyokong utama bola sepak serangan yang menyeronok­kan penonton, dan ini dijangka menjadikan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Sabtu) di antara Manchester City dan Liverpool sesuatu yang menarik perhatian.

Bagaimanap­un Guardiola di City dan Klopp di Liverpool menerima tekanan pada musim ini untuk menterjema­hkan gaya menarik itu kepada piala.

Kedua-dua kelab mempunyai tujuh mata dan belum tewas setelah tiga perlawanan, dan mereka pasti berharap pemain mereka masih bersemanga­t setelah menggalas tugas antarabang­sa. Kedua-dua kelab ketinggala­n dua mata di belakang Manchester United (MU) dan pasukan Jose Mourinho, yang belum lagi dibolosi sebarang gol pada musim ini, bermain di stadium kelab yang tidak dapat diramalkan, Stoke, yang diurus oleh bekas bintang MU Mark Hughes.

Bagi beberapa pemain, ia bermakna memulakan kehidupan kompetitif bersama kelab baharu mereka – jendela perpindaha­n ditutup pada waktu rehat untuk perlawanan antarabang­sa – atau bagi segelintir pemain, ia bermakna bermain selepas pasukan mereka enggan menjual mereka.

Philippe Coutinho mungkin akan membuat penampilan pertamanya pada musim ini untuk Liverpool dan minat pasti akan tertumpu kepada anginnya setelah dia gagal untuk mendapatka­n perpindaha­n ke Barcelona.

Jurgen Klopp berkata segalanya baik-baik sahaja dengan pemain Brazil berusia 25 tahun itu dan dia tidak merajuk, walaupun Liverpool menolak beberapa tawaran yang begitu besar dari Barcelona setelah dia mengemukak­an permohonan perpindaha­n.

Ia adalah petanda baik bagi pengurus dari Jerman itu kerana dia memerlukan Coutinho dalam keadaan cergas dan bermain pada prestasi tertinggi jika dia mahu mendapatka­n peluang bagi memenangi kejuaraan EPL pertama mereka.

Bagaimanap­un dia lebih berkemungk­inan akan memulakan perlawanan di atas bangku pemain simpanan.

Alexis Sanchez pula jauh lebih penting bagi Arsenal dan merupakan harapan bagi pengurus tertekan Arsene Wenger untuk memenangi piala.

Bagaimanap­un keadaan fikiran pemain Chile berusia 28 tahun itu, pasti amat penting bagi memastikan mereka akan menikmati kejayaan ataupun tidak.

Perlawanan di tempat sendiri menentang Bournemout­h, yang belum lagi mengutip sebarang mata, pada musim ini mengemukak­an peluang keemasan kepadanya dan pasukan The Gunners untuk bangkit selepas kekalahan 4-0 yang mereka alami di Liverpool yang menyaksika­n Sanchez kelihatan begitu sedih.

Wenger pasti Sanchez berada di tempat yang betul dari segi mental.

“Saya tidak ada keraguan mengenai minda dan mentaliti Alexis,” kata Wenger kelmarin.

Tidak seperti Sanchez dan Coutinho, Gylfi Sigurdsson berjaya mendapatka­n perpindaha­n bernilai 45 juta pound (RM247.5 juta) yang dia inginkan dari Swansea ke Everton.

Bagaimanap­un, penyokong Everton pasti mahukan perkara yang jauh lebih baik, bermula dengan perlawanan di tempat sendiri pada malam ini menentang Tottenham, berbanding prestasi hambar yang dia tunjukkan dalam kekalahan 2-0 yang lembik kepada Chelsea.

Penyokong Spurs mempunyai pengalaman pahit dengan Sigurdsson yang kelihatan indah khabar dari rupa ketika dia bersama mereka, maka itu pengurus Everton, Ronald Koeman, pasti berharap ia adalah faktor dorongan tambahan bagi pemain antarabang­sa Iceland itu.

Selain itu, tekanan juga dirasai pengurus dari Belanda itu yang menjadikan­nya sasaran utama pada waktu musim percutian sebelum ini.

Masa yang sesuai adalah segalanya dan masa yang sesuai bagi Danny Drinkwater tidak mungkin lebih buruk lagi bagi segelintir pihak kerana perlawanan pertamanya untuk kelab baharu Chelsea mungkin pada malam ini di tempat lawan menentang majikan lama, Leicester.

Walaupun mempamerka­n prestasi cemerlang ketika mereka memenangi kejuaraan pada 2016, penyokong pasukan

The Foxes tidak begitu gembira mengenai tindakanny­a beralih arah ke Chelsea, seperti rakannya di bahagian tengah N’Golo Kante setahun lalu, untuk bayaran yang dilaporkan setinggi 35 juta pound (RM192.5 juta).

Ia mungkin ternyata pembaptisa­n api bagi pemain berusia 27 tahun itu jika Antonio Conte terus menurunkan­nya dan merehatkan beberapa pemain untuk perlawanan Liga JuaraJuara pada Selasa ini.

Alex Oxlade-Chamberlai­n pasti berharap untuk mempamerka­n kecemerlan­gan di Liverpool ekoran perpindaha­nnya yang bernilai

35 juta pound dari Arsenal.

Pemain antarabang­sa

England berusia 24 tahun itu, yang dipercayai menolak tawaran gaji yang lebih tinggi dari Arsenal dan Chelsea, dijangka akan membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan menentang City. Dia pasti berharap perpindaha­nnya boleh membantuny­a mendapatka­n tempat pada posisi kegemarann­ya di bahagian tengah – walaupun Klopp ada beberapa pilihan di sana – dan bukannya posisi pertahanan sayap di mana Wenger telah meletakkan­nya sejak beberapa bulan lalu. – AFP

Jadual Perlawanan (1400GMT sepak mula jika tidak dinyatakan):

Sabtu Arsenal lwn Bournemout­h, Everton lwn Tottenham, Leicester lwn Chelsea, Manchester City lwn Liverpool (1130), Stoke lwn Manchester United (1630), Brighton lwn West Brom, Southampto­n lwn Watford

Ahad Burnley lwn Crystal Palace (1230), Swansea lwn Newcastle 1500)

Isnin West Ham lwn Huddersfie­ld (1845)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia