Utusan Borneo (Sabah)

Stephens, Keys beraksi di final

Dua pemain tuan rumah berentap tentukan kejuaraan Terbuka AS

-

NEW YORK: Dua pemain Amerika Syarikat (AS) Sloane Stephens dan Madison Keys, dua pemain yang mengalami kecederaan serius hanya tiga bulan lalu, mara ke peringkat akhir Grand Slam pertama mereka di kejohanan tenis Terbuka AS kelmarin.

Stephens, yang tidak bermain selama 11 bulan akibat kecederaan kaki kiri sebelum dia kembali bermain pada Julai lalu, mengatasi juara Slam tujuh kali Venus Williams 6-1, 0-6, 7-5.

“Saya sangat gembira sekali untuk mara ke final Grand Slam,” kata Stephens. “Untuk melakukann­ya di sini, slam tempatan saya, sudah tentulah lebih istimewa. Saya rasa inilah apa yang diimpikan oleh setiap pemain.”

Keys, pemain pilihan ke-15 AS, yang menjalani pembedahan pergelanga­n tangan kiri buat kali kedua dalam tempoh 10 bulan selepas dia tersingkir pada pusingan pertama di Terbuka Perancis, menewaskan pemain pilihan ke-20 AS CoCo Vandeweghe 6-1, 6-2 dalam masa 66 minit untuk melengkapk­an perlawanan akhir Terbuka AS seluruh Amerika buat pertama kali sejak Serena Williams menewaskan kakaknya Venus pada 2002.

“Ia masih belum rasa benar. Saya masih menggeleta­r,” kata Keys. “Saya bermain agak baik. Banyak perkara berada dalam kepala saya sekarang, jadi saya menghadapi kesukaran untuk mengeluark­an kata-kata.

“Saya tahu saya mesti

cabaran.” bangkit menyahut “Saya sudah lama mengenalin­ya. Saya begitu gembira untuk Dia adalah salah bermain pada peringkat seorang rakan saya yang akhir.” paling karib dalam jelajah,”

Dua kawan dan rakan kata Stephens. “Saya amat sepasukan Piala Federasi menyayangi­nya. Dan ia tidak itu bertemu hari ini (Sabtu) mudah untuk menentang di Stadium Arthur Ashe seorang rakan.” dalam perlawanan terbesar Stephens, yang menduduki bagi karier masing-masing ranking ke-957 pada Julai untuk merebut hadiah lalu, memenangi 14 daripada utama sebanyak AS$3.7 juta 16 perlawanan­nya yang (RM16.7 juta). lepas, dengan pencapaian ke peringkat separuh akhir di Toronto dan Cincinnati.

“Saya tidak ada kata-kata untuk menggambar­kan perasaan saya, apa yang diperlukan untuk sampai ke sini, perjalanan yang saya lalui,” kata Stephens.

“Ia menakjubka­n. Saya tidak tahu bagaimana saya sampai di sini. Tekaan anda adalah sebagus tekaan saya. Cuma usaha gigih. Itulah

dia.”

Stephens menewaskan Keys pada pusingan kedua di Miami pada 2015 dalam satusatuny­a pertemuan mereka setakat ini.

“Sloane adalah orang baharu sekarang,” kata Keys. “Dia begitu teruja untuk berada di gelanggang semula. Saya teruja kerana kami berpeluang untuk menentang satu sama lain dalam perlawanan akhir Terbuka AS.” Stephens memerlukan break yang rancak pada kedudukan kosong dalam permainan kedua terakhir dan memegang servis untuk menafikan Williams, juara dua kali, perlawanan akhirnya yang pertama di Terbuka AS dalam tempoh 15 tahun.

“Saya hanya berusaha sedaya upaya dan cuba mengejar setiap bola dan di sinilah kita,” kata Stephens. “Ia memerlukan semangat dan kekentalan yang

tinggi.” Sekarang menduduki ranking ke83, Stephens merupakan finalis Slam dengan ranking terendah sejak pemain tiada ranking Justine Henin di Terbuka Australia pada 2010 dan paling rendah di Terbuka AS sejak pemain tiada ranking Kim Clijsters memenangi kejuaraan pada 2009. Stephens, yang menewaskan Williams pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2015 dalam satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini, akan melonjak ke dalam kelompok 25 teratas di dunia pada minggu depan dengan kemenangan itu.

Williams, pemain pilihan kesembilan AS, tidak dapat mengatasi 51 kesilapan yang merosakkan usahanya untuk menjadi finalis perseorang­an wanita tertua dalam sejarah Terbuka AS pada usia 37 tahun.

“Ia ternyata dipertandi­ngkan dengan baik sekali,” kata Williams. “Pada akhirnya dia mengutip lebih banyak mata berbanding saya, dan itulah yang penting pada akhirnya. “Cuma melakukan begitu banyak kesilapan pada hujungnya di sana. Saya tidak bermain deng a n baik. Cuma tidak bermain dengan baik.”

Williams akan kembali ke dalam kelompok lima teratas dalam ranking dunia pada Isnin ini buat pertama kali sejak 2011, tahun dia didapati menghidap Sindrom Sjogren yang mengurangk­an kekuatan.

Stephens, 24, adalah 4-0 dalam final WTA, selepas memenangi kejuaraan pada 2015 di Washington dan tahun lepas di Auckland, Acapulco dan Charleston.

Satu-satunya nota berhati-hati bagi Keys, 22, adalah rehat rawatan untuk memita kaki kanannya tiga permainan sebelum tamat.

“Saya ternyata mula merasainya,” katanya. “Saya rasa jika saya pergi terlalu jauh, ia mungkin menjadi sesuatu yang lebih serius.” – AFP

“Dua kawan dan rakan sepasukan Piala Federasi itu bertemu hari ini (Sabtu) di Stadium Arthur Ashe dalam perlawanan terbesar bagi karier masing-masing untuk merebut hadiah utama sebanyak AS$3.7 juta (RM16.7 juta).

 ??  ?? STEPHENS
STEPHENS
 ??  ?? KEYS
KEYS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia