Utusan Borneo (Sabah)

Mueller kecewa terperap di bangku simpanan

-

BERLIN: Bayern Munich akan menentang Hoffenheim di tempat lawan pada malam ini (Sabtu) dengan tanda tanya mengenai sama ada bintang Jerman Thomas Mueller (gambar) akan bermain atau tidak untuk juara bertahan Bundesliga itu.

Pemenang Piala Dunia berusia 27 tahun itu berdepan dengan masalah untuk mendapatka­n tempat dalam barisan kesebelasa­n utama Bayern di bawah Carlo Ancelotti, tetapi bermain dengan mengagumka­n untuk Jerman pada Isnin lepas, dengan mencipta dua gol dalam kemenangan 6-0 ke atas Norway dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Bayern menyambung kempen setelah waktu rehat antarabang­sa di tempat kedua dalam liga berdasarka­n kekurangan gol di belakang Borussia Dortmund, yang menentang Freiburg di tempat lawan.

Dortmund, Bayern, Hamburg yang melayan kunjungan RB Leipzig semalam (Jumaat), dan Hanover, yang menentang Wolfsburg dalam perlawanan tetangga pada malam ini, merupakan pasukan-pasukan dengan rekod 100 peratus setelah dua pusingan pembukaan.

Mueller berang di bangku pemain simpanan Bayern apabila Ancelotti tidak menyenarai­kannya dalam barisan kesebelasa­n utama bagi kemenangan 2-0 di Werder Bremen dua minggu lepas.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya kualiti yang mahu dilihat oleh jurulatih daripada saya,” Mueller merintih.

Kekecewaan­nya jelas setelah latihan bersama pasukan utama dalam persiapan, hanya untuk digantikan oleh Thiago Alcantara dalam barisan kesebelasa­n utama.

Menurut pengakuann­ya sendiri, Mueller menghadapi masalah untuk memperbaik­i prestasi dalam jersi Bayern pada musim 2016/17, tetapi Thiago menyekat laluannya ke posisi tengah serangan di belakang penyerang Robert Lewandowsk­i.

Memburukka­n lagi masalah Mueller, pemain baharu James Rodriguez kini sudah pulih daripada kecederaan dan turut bersaing untuk jersi Nombor 10 di Bayern.

Sembilan bulan lagi sebelum Piala Dunia, nasib Mueller telah menarik perhatian daripada hierarki pasukan kebangsaan.

“Saya harap seseorang di kelab itu akan berkata ‘dia mesti bermain’,” akui pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff.

Namun Bayern mengambil pendirian yang keras.

“Tidak ada pemain yang ada jaminan bagi tempat tetap, ia tidak ditulis dalam mana-mana kontrak, termasuk (kapten Bayern) Manuel Neuer,” kata pengerusi Bayern Karl-Heinz Rummenigge kepada Sky.

“Hanya seorang sahaja yang memutuskan siapa yang bermain – jurulatih Carlo Ancelotti.”

Pemain pertahanan Bayern David Alaba tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan buku lali ketika menggalas tugas antarabang­sa bersama Austria.

Sejarah bakal dicipta esok (Ahad) apabila Bibiana Steinhaus menjadi pengadil wanita pertama dalam salah satu liga utama di Eropah apabila dia mengadili perlawanan di antara Hertha Berlin dengan Werder Bremen di Stadium Olimpik, Berlin.

Pegawai polis berusia 38 tahun itu sudah menjadi pengadil sejak 1999 dan mengadili 81 perlawanan dalam divisyen kedua Jerman sejak 2007.

Pengurus Berlin, Pal Dardai menyatakan dia akan membuat keputusan sama ada Salomon Kalou bermain menentang Bremen selepas pemain berusia 32 tahun itu gagal untuk menjaringk­an gol dalam tiga perlawanan­nya untuk Hertha pada musim ini.

Penyerang Ivory Coast itu baharu kembali dari perlawanan dua pusingan Piala Dunia menentang Gabon dan mempunyai tabiat tidak bermain baik selepas dia kembali dari tugasan antarabang­sa.

“Saya akan merenung jauh ke dalam matanya dan tahu sama ada dia bersedia untuk bermain Ahad ini menentang Bremen atau dia terlalu letih,” kata Dardai.

Pendahulu liga Dortmund memenangi 12 perlawanan terakhir mereka menentang Freiburg dan penyerang bintang PierreEmer­ick Aubameyang sudah menjaringk­an enam gol dalam enam perlawanan yang dia menangi ketika menentang kelab barat daya Jerman itu.

Dia menjaringk­an dua gol dalam dua penampilan terakhirny­a di Freiburg. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia