Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam diiktiraf dengan ganjaran wang jika lapor rasuah

-

TAWAU: Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima pengiktira­fan berbentuk insentif wang yang sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan, kata Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi.

Beliau berkata ganjaran itu akan diberikan dengan syarat sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta disabit kesalahan.

“Di Sabah tahun lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini, manakala tahun ini terdapat seorang (polis) setakat ini bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 yang akan disampaika­n pada tahun hadapan.

Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitka­n nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Tawau sempena majlis melafaz dan menandatan­gani ikrar bebas rasuah (IBR) JPN Zon Tawau dan Sandakan bersama SPRM di sini, Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad.

Sazali berkata ganjaran itu bagi menggalakk­an penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekaligus mampu menghapusk­an rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemui berkata sebanyak 53 agensi kerajaan serta badan berkanun di Sabah telah melaksanak­an IBR dan impaknya berjaya mengurangk­an peratusan penjawat awam terlibat rasuah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia