Usaha naiktaraf Membakut sebagai daerah penuh akan direalisasi
Usaha naiktaraf Membakut sebagai daerah penuh akan direalisasikan
“Membakut sememangnya bersedia untuk menjadi daerah penuh memandangkan kawasan itu mempunyai prasarana yang diwujudkan.” lengkap telah DATUK ARIFIN ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
MEMBAKUT : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif memberitahu, usaha menaiktaraf daerah Membakut sebagai daerah penuh akan direalisasikan dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akan mengumumkan perkara berkenaan setelah beberapa proses berkaitan teknikal diselesaikan bagi menjadikan daerah kecil Membakut sebagai daerah penuh.
Sambil menyatakan perkara tersebut kepada pemberita, Arifin memaklumkan Membakut sememangnya bersedia untuk menjadi daerah penuh memandangkan kawasan itu mempunyai prasarana yang lengkap telah diwujudkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Membakut 2017 di Dataran Pekan Membakut, pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, mengajak rakyat untuk mengisi Hari Kebangsaan dengan pelbagai program sebagai tanda kesyukuran keatas keharmonian yang dikecapi selepas kemerdekaan.
Beliau menegaskan, tidak ada gunanya sekiranya isu berhubung tarikh kemerdekaan terus dibangkitkan oleh sesetengah pihak sehingga tidak menghayati makna kemerdekaan itu sendiri.
Jelas beliau, pihak tertentu yang sering membangkitkan isu tarikh kemerdekaan seharusnya tampil melaksanakan programprogram berkaitan sebagai pengisian terhadap sambutan Hari Kebangsaan.
Arifin berkata, usaha itu adalah perlu memandangkan ketika ini kita sering berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini yang dikhuatiri akan menjejaskan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.