Utusan Borneo (Sabah)

30 sertai Program Latihan 1Malaysia

-

KOTA KINABALU: Seramai 30 suri rumah, ibu tunggal dari kawasan DUN Likas Parlimen Kota Kinabalu menyertai Program Latihan 1Malaysia anjuran GiatMara Kota Kinabalu dengan kerjasama Wanita Umno Kota Kinabalu dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah GiatMara Sabah Mohd Fazal Baniamin, Pengurus GiatMara Kota Kinabalu Mushdi Beludtu, Naib Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Nuriya Muamil dan penyelaras kursus Siti Ruani Juani serta 30 ahli-ahli Wanita Umno terdiri ibu-ibu tunggal, suri rumah dan beliawanis daripada Zon Api Api.

Program sehari itu antara lain memberi pengetahua­n mengenai kursus pendek manicure dan solekan. Tenaga pengajar daripada GiatMara untuk membantu golongan wanita agar dapat meningkatk­an taraf hidup ekonomi mereka.

Menurut Mohd Fazal, Program Latihan 1Malaysia GiatMara adalah merupakan latihan/ kursus kemahiran berkonsepk­an pembelajar­an sepanjang hayat yang dilaksanak­an di GiatMara secara Modular dan maksima 8 Jam sehari.

Katanya, program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada golongan yang berdaftar dengan e-kasih, ibu bapa tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pekerja industri atau kilang dan pesara komuniti setempat yang berumur 15 tahun ke atas dan warganegar­a Malaysia.

“Program Latihan 1Malaysia menawarkan pelbagai bidang Latihan Kursus pendek antaranya kursus holistik dan rawatan spa, seni reka gaya rambut, solekan dan terapi kencatikan, kulnari dan sebagai mengikut kehendak peserta yang menyertain­ya.

“Sasaran program adalah golongan suri rumah kerana mereka mempunyai banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk menjalanka­n aktiviti berfaedah seperti berniaga secara kecilkecil­an dalam bidang kemahiran yang diajar bagi menambah pendapatan keluarga.

Jelasnya, pendedahan tentang kemahiran membuat pelbagai bidang yang ditawarkan barangan bukan sahaja boleh digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga, tetapi jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh boleh menjadi punca pendapatan keluarga.

“Ini adalah satu daripada usaha kami (GiatMara) untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran supaya boleh digunakan bagi menambah pendapatan keluarga sekiranya diusahakan secara bersungguh sungguh ,” ujarnya.

Program Latihan 1Malaysia dijangka akan diadakan pada 23 Sept di DUN Luyang dan 30 Sept di DUN Api Api dengan penyertaan 30 peserta setiap DUN.

Objektif Program Latihan 1Malaysia GiatMara adalah untuk meningkatk­an kemahiran komunikasi masyarakat setempat, membantu masyarakat setempat dalam meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n, mengurangk­an masalah sosial belia.

Selain memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran dan memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan.

 ??  ?? SERAMAI 30 perserta Program Latihan 1 Malaysia GiatMara bergambar kenangan bersama Mohd Fazal Baniamin dan Mushdi Beludtu.
SERAMAI 30 perserta Program Latihan 1 Malaysia GiatMara bergambar kenangan bersama Mohd Fazal Baniamin dan Mushdi Beludtu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta Program Latihan 1Malaysia menerima sijil penyertaan daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Mushdi Beludtu dan Siti Ruani Juani.
SALAH seorang peserta Program Latihan 1Malaysia menerima sijil penyertaan daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Mushdi Beludtu dan Siti Ruani Juani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia