Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan sampah yang cekap penting

Untuk kebaikan bersama di satu-satu kawasan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pengurusan sampah yang cekap penting bagi meningkatk­an tahap kebersihan di satu-satu kawasan.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau berkata, masalah di bandaraya ini bukan sekadar sampah sahaja tetapi semua pihak perlu memberikan fokus bagaimana mengurus sampah dengan baik.

“Ramai dalam kalangan masyarakat fikir bahawa isu sampah itu adalah senang tetapi sebaliknya ia adalah satu perkara yang mencabar.

“Masalah itu bukan sahaja dihadapi oleh negara ini tetapi juga negara lain di seluruh dunia,” katanya sempena Bengkel Pengasinga­n Sisa di Kondominiu­m Alam Damai, pada Sabtu.

Beliau berkata, semua ibubapa digalakkan untuk memberikan nasihat kepada anak masing-masing untuk amalkan kebersihan dan tidak sesuka hati membuang sampah di merata tempat.

Katanya, alam sekitar perlu dijaga dengan rapi dan bersih agar boleh diwariskan kepada generasi hadapan.

“Masyarakat kita mempunya dua masalah iaitu bertindak tanpa berfikir dan berfikir tetapi tidak mempunyai tindakan.

“Ramai dalam kalangan masyarakat kita sesuka hati membuang sampah tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar pada kemudian hari,” katanya.

Joannes juga gembira bahawa pihak badan bukan kerajaan dari Jepun sentiasa prihatin mengenai perkara ini dan sering membantu dalam isu kebersihan.

“Masyarakat kita mempunya dua masalah iaitu bertindak tanpa berfikir dan berfikir tetapi tidak mempunyai tindakan. Ramai dalam kalangan masyarakat kita sesuka hati membuang sampah tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar pada kemudian “hari. DATUK JOANNES SOLIDAU Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia