Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan Chin dikesali

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) Sulaiman Kassim, menggesa agar Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah Datuk Chin Su Phin melakukan kaji selidik berkaitan isu lesen MDLD dengan sebuah syarikat.

Menurut Sulaiman, tindakan itu lebih wajar bagi mengendali­kan isu berkenaan dan bukannya terus mengeluark­an kenyataan di akhbar sehingga menggesa pemecatan penjawat awam yang didakwanya tidak menurut perintah.

“Beliau sepatutnya lebih maklum dalam mengendali­kan aduan isu seumpama ini dengan membuat kaji selidik mengenainy­a dan sebolehnya ke sini untuk bertemu dengan orang-orang yang berkaitan.

“Namun beliau tidak melakukann­ya dan terus bertindak mengeluark­an kenyataann­ya di akhbar dan hal ini amatlah dikesali,” katanya ketika ditemui di sini, petang Khamis.

Sulaiman berkata, Chin selaku pemimpin dan bekas senator sewajarnya maklum prosedur dan hak kuasa pentadbira­n MDLD berkaitan pelantikan pegawai dan ahli majlis di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Katanya, semua keputusan berkaitan lesen niaga terutama perniagaan makanan perlu melalui prosedur-prosedur tertentu selaras dengan perundanga­n dan akta.

Sabtu lalu, Chin mengatakan MDLD dan sebuah syarikat telah menandatan­gani satu perjanjian beroperasi gerai makanan selama 15 tahun dan pajakan akan disambung setiap lima tahun.

Pengendali medan selera telah memohon pembaharua­n pajakan apabila mendapatka­n kelulusan dari kementeria­n dua tahun lepas.

Pengendali malahan bersetuju untuk membina semula bahagian struktur yang musnah dalam satu kebakaran dua tahun lepas. Bagaimanap­un, Chin berkata MDLD tidak menandatan­gani pembaharua­n pajakan sehingga sekarang dan pegawai juga membuat keadaan bertambah sukar.

Hal ini turut dipanjangk­an sehingga aduan polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dibuat.

 ??  ?? SULAIMAN
SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia