Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

-

TUARAN: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri yang diadakan setiap tahun adalah tanda penghargaa­n kerajaan kepada mereka yang terlibat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mu s a Aman berkata, sebagai tanda sokongan dan penghargaa­n beliau kepada peladang, penternak dan nelayan, beliau sentiasa menghadirk­an diri pada setiap sambutan berkenaan.

Beliau turut menyeru agar golongan tersebut memanfaatk­an sepenuhnya sambutan itu dengan menerokai potensi dan meningkatk­an pengetahua­n berkaitan dengan inovasi dan teknologi dalam bidang perladanga­n, penternaka­n dan perikanan.

Selain itu, mereka dapat berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan para penerima anugerah dalam pelbagai kategori bagi membantu meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian yang diceburi.

Dalam pada itu, Musa juga berharap sambutan tersebut dapat meningkatk­an lagi semangat serta azam masyarakat peladang, penternak dan nelayan untuk menterjema­hkan semua inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan dalam memaju dan memodenkan lagi sektor pertanian sekaligus membolehka­n rakyat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Demikian dinyatakan beliau dalam ucapan perasmian sambutan berkenaan di Dewan Sulaman Tuaran pada Jumaat.

Pada tahun ini seramai 68 peserta menerima sijil penghargaa­n usahawan high achiever dan 13 peserta lagi menerima anugerah dalam berbagai kategori bidang usaha.

Menurut Musa, sekarang pertanian bukan lagi milik orang miskin. Pertanian adalah satu industri, satu perusahaan yang boleh dimajukan. Sekarang pertanian adalah satu perniagaan yang boleh menjana kekayaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n.

-Penerangan

 ??  ?? MUSA (tengah) disambut masyarakat pada Majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017.
MUSA (tengah) disambut masyarakat pada Majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017.
 ??  ?? MUSA menerima sebuah buku sebagai cenderamat­a yang disampaika­n Yahya (kanan).
MUSA menerima sebuah buku sebagai cenderamat­a yang disampaika­n Yahya (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia