Utusan Borneo (Sabah)

Esscom tahan 15 PTI cuba masuk secara haram

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan Keselamata­n Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PTI) yang cuba memasuki negara ini secara haram di kawasan laut Kampung Makuou, kira-kira jam 8.00 malam pada Khamis.

Komander Esscom DCP Dato Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota daripada Unit Risikan Polis Marin Lahad Datu ketika sedang melaksanak­an projek base pemerdagan­gan orang dan penyeludup­an migran di kawasan laut Sahabat 16 telah terserempa­k dan memeriksa sebuah bot jenis jongkong yang bergerak secara perlahan-lahan dalam keadaan mencurigak­an yang cuba menghampir­i kawasan pantai kampung berkenaan.

“Ketika pemeriksaa­n dibuat, terdapat 12 lelaki dan 3 wanita berumur antara 1–64 tahun berada dalam bot berkenaan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka telah ditahan kerana disyaki cuba menyusup masuk ke perairan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan tanpa memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Suspek dan semua barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Manusia dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

Sementara itu katanya, dalam satu kes berasing di daerah Semporna, pasukan Polis Marin Semporna telah berjaya menahan seramai lapan PTI di kawasan utara perairan Mataking ketika cuba memasuki perairan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan kira-kira pada jam 7.10 pagi pada Jumaat.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), sepasukan anggota Pasukan Polis Marin Semporna yang sedang melakukan Ops Gelora di kawasan berkenaan telah menahan dan memeriksa sebuah bot warna kelabu menggunaka­n dua unit enjin pam yang bergerak dari arah Filipina menuju ke perairan negara ini dalam keadaan mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati, lapan orang Bajau Laut termasuk juragan dan seorang wanita berumur antara 7-75 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah mengaku sedang dalam perjalanan dari Sibungao Filipina menuju ke Semporna.

Katanya, kesemua barangbara­ng rampasan yang terdiri daripada sebuah bot dan dua unit enjin pam telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Manusia dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamata­n khususnya Pasukan Polis Marin Lahad Datu dan Semporna yang telah berjaya mengekang dan menggagalk­an beberapa percubaan menyeludup masuk PTI melalui laluan yang tidak diwartakan.

 ??  ?? TANGKAPAN PTI di daerah Lahad Datu.
TANGKAPAN PTI di daerah Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia