Utusan Borneo (Sabah)

Bumbung rumah diterbang angin di Baling

-

BALING: Bumbung rumah seorang wanita yang baru habis berpantang selepas mehirkan anak keduanya diterbangk­an angin dalam kejadian ribut di Kampung Tanah Periuk, Mukim Kupang di sini pada Jumaat.

Nor Hafizah Said, 25, berkata angin kuat berlaku ketika dia bersama bayinya yang berusia 44 hari, anak perempuann­ya yang berumur dua tahun dan serta adik perempuann­ya berada di ruang tamu.

“Segalanya terjadi dengan pantas. Tidak sampai beberapa minit, tengokteng­ok bumbung rumah saya sudah diterbangk­an angin.

“Memang menakutkan, namunsayab­ersyukurke­rana semuanya selamat. Selepas ini saya akan menumpang di rumah ibu mentua saya yang tidak jauh dari sini, sementara menunggu bekalan elektrik rumah saya pulih,” katanya.

Sementara itu Angota Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Harun Abdul Aziz berkata kebanyakan kerosakan yang dialami penduduk melibatkan bumbung rumah tercabut diterbangk­an angin.

“Pihak kami sudah menyalurka­n bantuan awal kepada mangsa dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Pejabat Parlimen Baling.

“Kerja- kerja membersihk­an kawasan termasuk mengalih dan memotong pokok yang tumbang di beberapa tempat masih dilakukan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Bomba dan Penyelamat Baling serta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka selesai petang ini,” katanya.

Pegawai JKM Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata anggaran kerosakan yang dialami adalah sekitar RM200,000 membabitka­n 72 buah rumah dan kini JKM sudah selesai membuat siasatan bantuan pemulihan bencana.

“Ini adalah ujian buat penduduk Baling memandangk­an kejadian banjir kilat dan ribut berlaku dalam tempoh 48 jam. Paling utama kita dapat menyalurka­n bantuan dalam tempoh lima jam pertama selepas bencana berlaku,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia