Utusan Borneo (Sabah)

Kekuatan berkuranga­n, Katia badai Veracruz

-

KOTA MEXICO: Taufan Katia kelmarin membadai berhampira­n pusat peranginan pantai golongan buruh Tecolutla di wilayah Veracruz, pantai Teluk Mexico, menurut Pusat Taufan Negara AS (NHC).

Ia kehilangan kekuatanny­a sebelum mendarat kira-kira 185 kilometer barat laut dari bandar pelabuhan Veracruz sebagai ribut kategori 1 dengan angin sekuat 120 kilometer sejam.

Ribut dijangka semakin lemah keesokan harinya, menurut NHC.

Kategory 1 merupakan bahagian taufan paling lemah dalam skala NHC, sementara kategori 5 paling kuat.

Ribut kategori 3 dan ke atas dinamakan taufan utama.

Sekarang terdapat tiga taufan di Atlantik.

Taufan Irma, salah satu ribut Atlantik paling kuat dalam tempoh satu abad, membadai Cuba kelmarin sebagai ribut kategori 5.

Berjuta-juta penduduk Florida telah diarahkan untuk berpindah selepas ribut itu membunuh 21 orang di timur Caribbean dan meninggalk­an kemusnahan teruk.

Taufan Jose pula terus mengumpul kekuatan jauh di Atlantik dan sedang menghampir­i kekuatan kategori 5 ketika bergerak kira-kira 700 kilometer timur– tenggara dari Kepulauan Leeward Utara.

Pegawai negeri Veracruz menyatakan kelmarin bahawa ribut akan menyebabka­n tanah runtuh dan banjir, sekali gus menggesa penduduk di bawah bukit dan cerun agar sedia berpindah. — Reuters

 ??  ?? KATIA (kiri) membadai pantai Mexico ketika Irma mara ke arah Florida setelah melepasi bahagian timur Cuba dalam gambar satelit NASA GOES yang dirakam pada 1700 GMT kelmarin. — Gambar Reuters
KATIA (kiri) membadai pantai Mexico ketika Irma mara ke arah Florida setelah melepasi bahagian timur Cuba dalam gambar satelit NASA GOES yang dirakam pada 1700 GMT kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia