Kes kejam 1986, bekas marin Peru didakwa
LIMA: Perbicaraan 35 bekas marin dibuka kelmarin atas tuduhan pasukan tentera telah membunuh lebih 100 banduan ketika menghalang pemberontakan di penjara lebih tiga dekad lepas.
Merekadituduhmembunuh 133 banduan selepas mereka dipanggil untuk meleraikan ketegangan yang dicetuskan banduan pemberontak Shining Path di bekas penjara El Fronton, luar pantai Lima.
Pendakwa raya menggesa Mahkamah Jenayah Negara agar menjatuhkan hukuman merangkumi penjara 25 hingga 35 tahun, dan bayaran pampasan AS$1.6 juta kepada keluarga mangsa.
Kejadian tersebut berlaku pada 18 dan 19 Jun, 1986 semasa kerajaan pertama bekas presiden Alan Garcia, yang bersama beberapa menterinya, dijangka dipanggil sebagai saksi.
Sehingga 2000, Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika (IACHR) mengarahkan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah antikemanusiaan didakwa dan dihukum.
“Pada hari ini, 31 tahun selepas kejadian tersebut, Mahkamah Jenayah Negara membuka perbicaraan atas pembunuhan beramai-ramai di El Fronton,” menurut Carlos Rivera, peguam keluarga mangsa.
Pihak tentera dihubungi ketika anggota pergerakan pemberontak Shining Path yang dikurung melancarkan kebangkitan di El Fronton dan dua penjara lain di Lima.
Menurut laporan Suruhanjaya Kebenaran Peru, anggota marin sewenangwenangnya menghukum mati sejumlah banduan yang telah menyerah diri.
Salah seorang tertuduh utama adalah Hector Lazo Galliani, yang pada 1986 merupakan kapten tentera laut yang bertanggungjawab ke atas kawalan dan keselamatan di El Fronton.
Pihakpendakwaanmeminta sekurang-kurangnya 80 saksi yang terlibat dalam pemberontakan itu dipanggil bagi memberi keterangan tentang kekejaman tentera.
Suruhanjaya Parlimen yang menyiasat kejadian itu di penjara Lurigancho di Lima pada malam yang sama mendapati beberapa banduan terus dibunuh terus sebaik tentera menyerbu masuk bagi meleraikan rusuhan.
Rusuhan berlaku ketika Garcia menjadi tuan rumah persidangan dunia Socialist International di Lima.
Suruhanjaya ditubuhkan pada 2001 bagi memeriksa salah laku sepanjang 1980an dan 1990-an, ketika negara Amerika Selatan itu mengalami keganasan politik terburuk. — AFP