Utusan Borneo (Sabah)

‘End in Sipadan’ berakhir Oktober

Pulau Sipadan antara destinasi selaman tercantik dunia

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

UMUM mengetahui Pulau Sipadan antara destinasi selaman yang tercantik di dunia.

Pemandanga­n indah dasar lautan di kawasan berkenaan memiliki ciri keunikanny­a yang tersendiri.

Ia juga antara faktor yang membawa ramai penyelam dari seluruh dunia berkunjung ke Sipadan.

Menyedari keistimewa­an itu, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) tampil dengan misi untuk melaksanak­an program

‘End in Sipadan’ sejak April tahun ini.

Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, matlamat utama program End in

Sipadan adalah untuk menjadikan­nya sebagai peneraju pusat selaman yang terkenal di dunia.

Menurutnya, sepanjang program berkenaan, pelbagai aktiviti dilaksanak­an secara berterusan termasukla­h penanaman tukun tiruan dan mengenal pasti lokasi baharu untuk aktiviti selaman. Pada masa sama katanya,

End in Sipadan dapat membongkar lebih banyak kawasan yang memiliki potensi tinggi untuk dijadikan sebagai pusat selaman yang menarik.

“Sebelum sampai ke Sipadan, kita menjelajah dahulu ke beberapa lokasi selaman yang terkenal di negeri ini.

“Ia termasukla­h di MariMari Sepanggar Resort, Pulau Mantanani, Kudat, Lahad Datu, dan Sipadan.

“Kita jangka pada pertengaha­n Oktober depan,

End in Sipadan mencapai matlamat utamanya untuk sampai ke Pulau Sipadan.

“Sepanjang program ini, kita cuba untuk

menyambung­kan rangkaian laluan dari setiap tapak selaman di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena penutupan program ‘End in Sipadan Motac Media Dive Team’

pada Khamis.

Ahmad Zaki berkata, penyertaan pengamal media amat penting bagi memastikan liputan mengenai program ini dapat disebarlua­skan kepada masyarakat.

Sejak program berkenaan dijalankan jelasnya, kirakira 20 orang pengamal media berjaya mengikuti kursus selaman.

Menurutnya, program itu dianjurkan bersama Persatuan Backpacker­s Sabah (SBA), operator selaman yang juga ahli SBA, dan agensi pelanconga­n tempatan.

“Di Sabah, masih banyak kawasan selaman yang unik dan menarik tetapi belum diterokai sepenuhnya.

“Seperti di Lahad Datu, ia adalah tapak selaman yang mempunyai terumbu karang paling banyak dan unik.

“Namun, ia masih kurang dikenali. Justeru, penerokaan kita dibawah program End in Sipadan diharap mampu menaikkan nama-nama kawasan selaman ini untuk pembanguna­n industri pelanconga­n Sabah.

Beliau berkata, satu lagi aktiviti yang dijalankan adalah lukisan pemetaan di dalam laut.

Menerusi aktiviti itu jelasnya, pihak berkaitan dapat merancang aktiviti menyelam dengan menggunaka­n peta berkenaan.

Sementara itu, Presiden SBA Richie Lee berkata, kerjasama antara Motac dan pihaknya adalah untuk mengenal pasti laluan rangkaian selaman di negeri ini.

Selain itu katanya, ia dapat membantu ahli SBA yang menjalanka­n operasi aktiviti selaman mempromosi­kan produk mereka.

“Penglibata­n media dalam program End in Sipadan banyak membantu kami dalam memperluas­kan lagi maklumat berkaitan destinasi dan aktiviti selaman di Sabah.

“Bagaimanap­un, kami mahu para pengamal media dapat terlibat sama semasa kami menjalanka­n aktiviti selaman agar mereka juga merasai pengalaman menyelam.

“Justeru, dengan menyediaka­n kursus seperti ini, kami mendapat sokongan tinggi daripada media sekaligus membantu menjayakan program End in

Sipadan,” katanya. Salah seorang peserta yang juga wartawan surat khabar China Press Lee Shaw Yun berkata, peluang menyertai kursus berkenaan adalah satu pengalaman yang sangat berharga.

Beliau berkata, selama tiga hari kursus dijalankan, setiap peserta diajar tentang teknik dan kemahiran menyelam.

“Ini juga peluang untuk kami melihat sendiri keadaan di dasar lautan kita yang mana sebelum ini hanya dilihat melalui televisyen.

“Saya berasa amat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada peserta program ini dan berjaya menjadi seorang penyelam,” jelasnya.

 ?? ‘End in Sipadan Motac Media Dive Team’. ?? PENILAIAN dibuat berdasarka­n keupayaan dan kemahiran peserta. SETIAP peserta diajar teknik dan kemahiran menyelam. PARA peserta teruja dapat pengalaman menyelam buat pertama kali. AHMAD Zaki (tiga kanan) bersama wakil penganjur dan peserta selepas...
‘End in Sipadan Motac Media Dive Team’. PENILAIAN dibuat berdasarka­n keupayaan dan kemahiran peserta. SETIAP peserta diajar teknik dan kemahiran menyelam. PARA peserta teruja dapat pengalaman menyelam buat pertama kali. AHMAD Zaki (tiga kanan) bersama wakil penganjur dan peserta selepas...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PESERTA mendengar taklimat daripada pengajar kursus menyelam.
(Gambar kiri) PASUKAN B bergambar bersama Ahmad Zaki selepas program itu.
(Gambar kanan) AHLI pasukan B menunjukka­n kertas jawapan selepas menerima markah daripada tenaga...
(Gambar atas) PESERTA mendengar taklimat daripada pengajar kursus menyelam. (Gambar kiri) PASUKAN B bergambar bersama Ahmad Zaki selepas program itu. (Gambar kanan) AHLI pasukan B menunjukka­n kertas jawapan selepas menerima markah daripada tenaga...
 ??  ?? SEMUA peserta dan penganjur merakamkan kenangan bersama selepas tamat program.
SEMUA peserta dan penganjur merakamkan kenangan bersama selepas tamat program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia