Utusan Borneo (Sabah)

Si jahat Pennywise kembali dalam ‘It’

-

SUDAH 27 tahun telah berlalu sejak seorang badut pembunuh yang gila menakutkan sebuah bandar di atas layar kecil dalam ‘It’ dan mencetuska­n ketakutan satu generasi terhadap badut.

Sekarang, Pennywise, badut yang memakan budak, ciptaan Stephen King sudah kembali, dengan gigi berdarah yang lebih tajam dan sekumpulan mangsa yang segar dan masih baharu.

‘It’, yang ditayangka­n buat pertama kali di pawagam bermula Khamis, merupakan versi filem yang sudah lama dinanti-nantikan bagi novel seram King pada 1986.

Filem ini ditayangka­n dengan penarafan ‘R’ kerana aksi menakutkan, kematian mengerikan dan Loser’s Club – kumpulan wira re- maja – yang tidak segan-silu menyumpah dan membuat kenyataan kesat dan lucah.

“Perasaan masih ada bahawa ‘It’ tidak diadaptasi dengan setia dalam seluruh kehebatann­ya dan ia sudah 27 tahun sejak 1990. Jadi masanya sudah tiba,” kata pengarah Andy Muschietti.

Pennywise, mula-mula dilakonkan oleh Tim Curry dalam siri mini televisyen ‘It’ pada 1990, mencari orang tidak berdosa sebagai mangsa dan meracuni rasa selamat di sebuah bandar kecil.

‘It’ meru-pakan se-bahagian daripada filem-filem pada tahun 1980-an yang menjadikan fobia terhadap badut, dikenali sebagai ‘coulrophob­ia’, sebahagian daripada hakikat hidup dan sajian filem seram. Melatarbel­akangkan filem baharu ini pada hujung tahun 1980-an adalah satu keputusan yang peribadi bagi Muschietti, yang memasukkan nostalgia 1980an dengan rujukan muzik dan budaya pop untuk barisan pelakon remaja yang lantang bersuara.

“Ia juga waktu dalam hidup kita di mana kita pada asasnya berhenti menjadi budak dan menjadi orang dewasa, yang itulah apa yang sebenarnya berlaku kepada kumpulan Losers,” ujar Muschietti.

‘It’ bermula dengan penghormat­an yang sangat jelas kepada siri mini pada 1990 apabila si cilik Georgie Denbrough, yang memakai baju hujan kuning, mengejar bot kertas di jalan yang dibasahi hujan di bandar pinggiran rekaan Derry, Maine, hingga ke sebuah parit besar.

Di sana Pennywise, badut pelesit ghaib, menyorok di bawah tanah dan menarik Georgie kepada takdir yang meng-gerikan untuk memulakan rangkaian kematian bagi golongan remaja di bandar berkenaan dan penglihata­n aneh dalam kalangan tujuh anggota Loser’s Club.

“‘It’ menakutkan begitu ramai orang pada tahun 80-an,” kata aktres Sophia Lillis, yang membawa watak Beverly, gadis tunggal dalam Loser’s Club.

“Zaman kanak-kanak mereka merupakan asas bagi ‘It’ ... maka itu ia mempunyai kumpulan peminat yang besar ini di sekeliling­nya tetapi saya rasa asasnya adalah nostalgia.” — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pelakon Jaeden Lieberher, Jeremy Ray Taylor, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Sophia Lillis, Chosen Jacobs dan Wyatt Oleff semasa tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘It’ pada 5 September lepas di TCL Chinese Theatre di Hollywood,...
BARISAN pelakon Jaeden Lieberher, Jeremy Ray Taylor, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Sophia Lillis, Chosen Jacobs dan Wyatt Oleff semasa tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘It’ pada 5 September lepas di TCL Chinese Theatre di Hollywood,...
 ??  ?? BILL Skarsgard diberi tugasan berat lakonkan Pennywise, yang mula-mula dilakonkan oleh Tim Curry dalam siri mini televisyen ‘It’ pada 1990, dalam filem baharu. — Gambar Reuters
BILL Skarsgard diberi tugasan berat lakonkan Pennywise, yang mula-mula dilakonkan oleh Tim Curry dalam siri mini televisyen ‘It’ pada 1990, dalam filem baharu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia