Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian Repsol makin terserlah, penubuhan fasiliti pengeluara­n baharu di Sabah

Penubuhan fasiliti pengeluara­n baharu di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: 2017 adalah tahun yang menunjukka­n pencapaian Repsol di sini dengan penubuhan fasiliti pengeluara­n baharu yang terletak bersebelah­an dengan platform sedia ada iaitu Kinabalu.

Pengurus Perhubunga­n Awam Repsol Oil & Gas Malaysia Limited Ahmad Fakhrurraz­i Arshad berkata, penubuhani­tumemboleh­kan syarikat ini meningkatk­an pengeluara­n dalam minyak mentah kepada 18,000 tong sehari.

“Pada masa yang sama Repsol akan terus dengan proses pengerudia­n pada blok SB309 untuk mencari prospek baharu dalam usaha mengembang­kan perniagaan operasi ini di Sabah.

“Walaupun syarikat ini memberikan fokus untuk mengembang­kan perniagaan di negara ini, Repsol tidak sama sekali melupakan usaha untuk menyumbang kepada komuniti tempatan,” katanya pada satu majlis

AHMAD merakamkan gambar kenangan (empat kanan, belakang) bersama pengamal media yang menang dalam aktiviti yang dilakukan.

“Walaupun syarikat ini memberikan fokus untuk mengembang­kan perniagaan di negara ini, Repsol tidak sama sekali melupakan usaha untuk menyumbang kepada komuniti tempatan, ” AHMAD FAKHRURRAZ­I ARSHAD

Pengurus Perhubunga­n Awam Repsol Oil & Gas Malaysia Limited

bersama Media 2017 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil perhatian yang serius terhadap tanggungja­wab kepada komuniti tempatan dengan menganjurk­an pelbagai program dan aktiviti yang memberikan manfaat kepada masyarakat di sini.

Katanya, projek komuniti yang dilakukan sejak 2013 telah memberikan manfaat kepada lebih 7,500 murid-murid di Sabah dan Labuan.

Selain itu katanya, Repsol juga telah menaja lebih 20 biasiswa kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membolehka­n mereka meneruskan pengajian dalam bidang kejurutera­an.

Dalam majlis yang sama seramai kira-kira 100 pengamal media dari sekitar Kota Kinabalu telah menjayakan pelbagai aktiviti riadah yang diadakan.

Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi diisi dengan aktiviti seperti tarik tali, bola sepak, mencari harta karun dan banyak lagi.

Majlis itu turut disempurna­kan bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden SJA Muguntan Vanar dan Presiden KKJA Yong Ted Phen serta tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) AHMAD (tengah) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenang.
(Gambar bawah) AHMAD (tiga kanan, belakang) menyampaik­an hadiah kemenangan.
(Gambar atas) AHMAD (tengah) menyampaik­an hadiah utama cabutan bertuah kepada pemenang. (Gambar bawah) AHMAD (tiga kanan, belakang) menyampaik­an hadiah kemenangan.
 ??  ?? (Gambar atas) AKTIVITI bola sepak yang dilangsung­kan.
(Gambar kanan) PARA pengamal media merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
(Gambar atas) AKTIVITI bola sepak yang dilangsung­kan. (Gambar kanan) PARA pengamal media merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
 ??  ?? ANTARA wartawan yang menyertai aktiviti riadah yang diadakan.
ANTARA wartawan yang menyertai aktiviti riadah yang diadakan.
 ??  ?? RIANG ria para pengamal media yang menyertai aktiviti pada majlis itu.
RIANG ria para pengamal media yang menyertai aktiviti pada majlis itu.
 ??  ?? AHMAD menerima cendera kenangan daripada Yong.
AHMAD menerima cendera kenangan daripada Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia