Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar cinta remaja
SEKALI lagi kita dikejutkan dengan kedatangan Hari Kebangsaan seperti mana kebiasaan di tahun yang lalu. Kemerdekaan kali ini disambut dengan lebih meriah kerana kita sudah mencapai enam puluh tahun kemerdekaan Malaysia.
Jika enam puluh tahun usia seorang pelukis biasanya mereka seorang yang matang dan berpengalaman. Jika menurut lumrahnya pelukis tersebut telah membuat beberapa pameran solo dan kumpulan tentunya berwibawa menjadi ikon pelukis negara sepertimana yang dialami oleh Allahyarham Syed Ahmad Jamal dan Allahyarham Dato Ibrahim Hussein sebagai merujuk beberapa nama.
Namun sebuah negara yang berumur sebanyak itu masih dianggap muda dan sedang bertatih untuk membangun. Suasana sambutan yang begitu besar yang diadakan di seluruh negara bermula dari peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan adalah bertujuan mengimbau kegembiraan negara kita yang sudah merdeka.
Tetapi berapa ramaikah rakyat Malaysia serta anak muda yang kini menganggotai 75 peratus penduduk yang mendukung negara pada masa hadapan yang benar-benar menghayati kemerdekaan negara? Walaupun begitu acara yang di jalankan hampir satu bulan itu bertujuan memupuk semangat kecintaan.
Acara sambutan yang diadakan di seluruh negara kebanyakannya menggembleng media seni visual. Ini menimbulkan persoalan kepada khalayak bahawa peranan visual juga sangat penting bersama audio sepertimana lagu kebangsaan yang berkumandang di corong radio dan media elektronik setiap waktu.
Lagu yang dinyanyikan oleh artis sangat difahami dan dihayati oleh masyarakat sebab sifatnya yang berbunyi dan mudah membuai dan mendendangkan perasaan khalayak.
Peranan bunyi sangat penting kerana ia mempengaruhi emosi, namun peranan visual walaupun tidak menampakkan impaknya kerana sifatnya hanya visual dan tidak boleh dipaparkan melalui corong radio namun dalam kesunyian, seni berciri visual ini juga membawa impak yang sangat kuat. Umpamanya ikon atau simbol negara kita adalah bendera Jalur Gemilang perlu dilukis dan digambarkan.
Jalur Gemilang adalah berbentuk visual hanya akan berperanan apabila ianya
Sepatutnya pihak tertentu dan berkepentingan mengambil nasihat serta pandangan berbagai pihak terutama sekali pihak akademik dan institusi tinggi agar persembahan serta pernyataan kemerdekaan tersebut dapat dinikmati serta dihayati dengan sepenuh hati. Visual bukan hanya di mata umpama cantik dan indah seperti remaja jatuh cinta. Ia lebih mendalami kepada aspek psikologi dan persepsi. Kebanyakan persembahan perayaan kemerdekaan jika dilihat dewasa ini sangat ghairah dengan pertandingan atau acara lukisan yang hambar.
ditayangkan melalui media elektronik dan media social yang lain. Pendek kata acara yang diadakan di Stadium Bukit Jalil untuk merayakan merdeka ini sebenarnya sembilan puluh peratus didukung oleh produk seni dan industri kreatif keseluruhannya.
Oleh itu acara visual memainkan peranan yang memukau pandangan khalayak dan seterusnya berjaya menyalurkan semangat patriotik kepada khalayak seluruh dunia walaupun ramai yang tidak merasai erti kata sebenar merdeka itu.
Di samping itu terdapat juga perayaan yang dirayakan di peringkat kampung, daerah serta negeri namun jika diteliti perayaan rata-rata bergema namun tidak membuahkan semangat cintakan negara seterusnya menghayati kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu dari penjajah.
Mungkin kemerdekaan kita tidak melalui perjuangan pertumpahan darah seperti Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina dan sebagainya tapi ini tidak bermakna kita tidak perlu merayakan dengan perasaan bangga.
Kemerdekaan yang dicapai walaupun melalui pendekatan musyawarah secara aman tidaklah mudah seperti yang difikirkan kerana perjuangan untuk mendapatkannya bukanlah begitu senang hinggakan kita tidak perlu menjiwai apa yang dimaksudkan dengan merdeka itu.
Oleh sebab itu penulis berpendapat bahawa media seni yang memainkan peranan menggemakan perayaan tersebut perlu lebih menyelami impak kepada sanubari khalayak setiap peringkat umur dengan menggemblengkan media seni yang lebih berfungsi dan berimpak, tidak hanya dengan membuat gambar bendera dan kata hikmat yang kabur tanpa makna.
Setiap ceruk negeri jika dilihat tidak
bersemangat
merayakan Hari Kebangsaan. Ada diantaranya jika dilihat lebih sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja sifatnya dan ini mendatangkan kesan negetif.
Pertandingan melukis, doodle, grafiti yang hanya memporak-perandakan keadaan sambutan merdeka yang murni itu berakhir dengan matlamat yang tidak tercapai. Sepatutnya bukan hanya seni lukis yang diutarakan sebagai menyuntik semangat kemerdekaan dan patriotik malah segala genre seni patut digunakan kerana seni juga adalah cabang seni komunikasi seperti mana kata Marchall Mc Luhan, 1980: media adalah unsur yang berupaya mengurut minda masyarakat menyampaikan intipati semangat merdeka.
Sebagai contoh acara perayaan yang hanya mengambil sedikit sahaja genre seni visual umpamanya pertandingan seni lukisan, seni grafiti dan seni doodle itu tidak mencukupi kerana sifatnya lebih kepada bersantai dan berseronok.
Justeru ianya ibarat mencurah air di daun keladi, tidak mencapai objektif untuk mencernakan semangat cinta di hati khalayak secara jujur. Malah setiap tahun acara yang stereotaip dijalankan semacam kehabisan modal.
Mengibarkan bendera adalah satu kaedah menunjukkan kecintaan kepada negara kerana bendera itu adalah negara. Namun tidakkah difikirkan pilihan lain yang baru dan segar lebih memberangsangkan dan pendekatan inovatif untuk memastikan semangat kemerdekaan mantap di hati rakyat.
Sepatutnya pihak tertentu dan berkepentingan mengambil nasihat serta pandangan berbagai pihak terutama sekali pihak akademik dan institusi tinggi agar persembahan serta pernyataan kemerdekaan tersebut dapat dinikmati serta dihayati dengan sepenuh hati.
Visual bukan hanya di mata umpama cantik dan indah seperti remaja jatuh cinta. Ia lebih mendalami kepada aspek psikologi dan persepsi. Kebanyakan persembahan perayaan kemerdekaan jika dilihat dewasa ini sangat ghairah dengan pertandingan atau acara lukisan yang hambar.
Sebagai contoh pertandingan lukisan kanakkanak, doodle dan grafiti dibuat sambil lewa tanpa mendatangkan impak yang kuat apatah lagi penonton yang datang meraikan pesta atau acara sambutan kemerdekaan terdiri dari satu kaum sahaja.
Jadi pada hemat penulis apa pun acara yang diadakan untuk tujuan yang besar seperti Hari Kebangsaan ini mesti juga mengadakan genre seni visual yang lebih mendalam agar maksud merdeka itu tersemat di hati masyarakat
Jika dengan lukisan tidak berdaya meniupkan semangat patriotik maka terdapat genre seni alternatif seperti seni arca, seni installasi, seni lakuan, happening, diorama, seni jalanan dan seni animasi yang boleh berinteraksi dengan khalayak dan ini dilihat sebagai kaedah yang lebih berjaya menerobosi hati nurani khalayak semasa sambutan Hari Kebangsaan.
Seni visual dalam sifatnya tidak berbunyi serta tidak tersiar melainkan melalui televisyen atau telefon bimbit yang canggih maka barulah visual itu tersebar dan ini juga menjadikan seni visual berimpak yang kurang tersebar jika dibandingkan dengan seni muzik, lagu dan puisi yang dituturkan dan didengari orang ramai.
Maka adalah lebih baik sekiranya teknik, gaya dan genre seni visual yang terkini juga diambil kira sebagai media menyampaikan hasrat seni yang lebih mendalam ke hati rakyat keseluruhannya dan tidak menjadi ‘SS’ atau syok sendiri dalam usaha untuk mengimarahkan acara yang begitu bermakna namun tidak kesampaian hasratnya.
Ingin penulis mencadangkan kepada pihak tertentu jika ingin menyampaikan pernyataan patriotism ke hati masyarakat perlu banyak membuat rujukan serta melihat kajian kes pendekatan yang berjaya di dalam dan luar negara.
Walaupun kita menggunakan kaedah mengibarkan bendera secara besar-besaran itu merupakan kaedah propaganda ketenteraan negara barat dan blok sosialis , namun jika diteliti banyak lagi cara yang lebih berkesan mencemerlangkan serta mewujudkan ‘spectacle’ bagi tujuan mempropagandakan konsep negara dan kemerdekaan kepada masyarakat yang lebih jitu.
“
”
***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***