Utusan Borneo (Sabah)

Terpesona dengan keunikan kopitiam

-

BAGI sesetengah orang, menikmati secawan kopi panas di awal pagi sebelum memulakan tugas atau pada waktu petang untuk meredakan tekanan selepas sibuk seharian bukan sahaja satu kemestian tetapi amat melegakan.

Walaupun sudah banyak muncul rangkaian kedai kopi moden dan kafe di pekan dan bandar besar, masih ada rakyat Malaysia yang merindui kedai kopi kecil, popular dengan panggilan kopitiam.

Kedai kopi ini yang biasanga terletak di sudut pekan atau kampung lazim dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

Mengingati kenangan manis zaman itu, kedai kopi lama menjadi tempat pertemuan dengan rakan yang pelbagai kaum, di mana mereka menikmati kuih-muih atau nasi lemak bungkus, serta kopi susu atau kopi-o pekat.

Penolong arkitek Christie Yee, 23, merindui kedai kopi lama yang sering dikunjungi­nya ketika masih kanak-kanak di Yong Peng, Johor, sehinggaka­n beliau membuat model bangunan itu berskala kecil dan menyiarkan gambarnya di akaun Instagramn­ya (@ christyyee­e).

Beliau menulis: “Bangunanba­ngunan warisan yang tersemat di hati, saya suka bahawa model ini dicam sebagai kedai (kopi) lama, walaupun tidak benar-benar serupa. Saya telah mentafsirk­an semula binaannya.”

Instagram sangat menyukai apa yang dilakukann­ya sehingga mereka memaparkan­nya dalam Weekend Hashtag Project baru-baru ini, satu siri yang menonjolka­n pelbagai tema dan hashtag tertentu.

Yee, yang mempunyai 69,000 pengikut di platform media sosial itu, berkata bahawa beliau menyukai bangunan terutamany­a, kedai-kedai kopi lama ketika belajar seni bina dan bermain dengan idea untuk mendokumen­tasi beberapa daripadany­a kepada model kecil.

Apa yang ada dalam fikirannya ialah kedai kopi Ling Xeong di kampung halamannya Yong Peng, yang secara kebetulan masih beroperasi.

“Ia adalah tempat yang sering saya kunjungi ketika masih kanak-kanak. Keluarga saya selalu menikmati sarapan tengahari di sana setiap hari Ahad selepas mengunjung­i gereja tetapi saya biasanya enggan dan merungut kerana saya lebih suka pergi ke tempat lain yang mempunyai pendingin udara,” katanya kepada Bernama.

Sehinggala­h 15 tahun kemudian, beliau belajar untuk menghargai suasana serta persekitar­an kopi tiam termasuk keriuhan perbualan pelanggann­ya.

Lantas apabila terjumpa manamana kedai kopi lama, beliau pasti teringatka­n kampung halamannny­a.

Mengenang kembali kedai kopi Ling Xeong di kampung halamannya, Yee berkata pemiliknya begitu akrab dengan pelanggan tetapnya sehinggaka­n apa sahaja minuman atau makanan kegemaran mereka diingatnya - sama ada kopio atau kopi-ais dengan telur separuh masak dan roti bakar – pastinya akan terhidang di meja tanpa perlu membuat pesanan terlebih dahulu.

“Jika tidak terlalu sibuk, beliau akan duduk dan berbualbua­l dengan pelanggann­ya. Kadang-kadang pelanggan akan memesan makanan seperti kuetiau goreng dari gerai di seberang jalan. Keadaan di sana penuh kemesraan dan sangat selesa.”

Dengan adanya golongan muda seperti Yee yang mula menghargai tarikan masa lampau seperti kopi tiam itu, ia tidak lagi menjadi tempat kegemaran penduduk pertengaha­n umur dan warga emas sahaja.

Yee mewakili generasi baharu pelanggan yang mula menyukai suasana kedai kopi lama dan kemesraan pemiliknya.

Tidak kira berapa usia anda, pastinya anda hanya ingin kembali ke tempat yang membuatkan anda rasa selesa bagaikan di rumah sendiri. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia