Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017

MGB Banggi, KYS Utara dan PPD Kudat jayakan Majlis Dialog Prestasi dan Sentuhan Jiwa UPSR

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Guru Besar (MGB) Zon Banggi dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) Zon Utara berjaya menganjurk­an program ‘Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017’ di Dewan Seminar Hotel Kerakit di Pulau Banggi Kudat, baru-baru ini.

Program itu dirancang khusus bagi sekolahsek­olah yang berada di Zon Banggi melibatkan penyertaan seramai 103 murid Tahun 6 dari 10 buah sekolah sekitar Pulau Banggi.

Dalam program itu, pihak MGB, SIP, SISC+ dan Kumpulan Yayasan Sabah telah bergabung tenaga dan kepakaran bagi merealisas­ikan harapan ‘Kudat Juara’.

Mereka sedaya upaya mempastika­n program Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017 itu berimpak tinggi kepada 103 orang peserta program yang merupakan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsun­g pada 11 – 14 September ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana program itu yang juga Guru Besar SK Kerakit Banggi, Amir Hamzah berkata program berkenaan dirancang oleh MGB Zon Banggi bersama Kumpulan Yayasan Sabah Zon Utara khusus bagi sekolah-sekolah dalam Zon Banggi.

Katanya, ia bertujuan untuk membantu sekolahsek­olah di kepulauan dalam usaha meningkatk­an lagi prestasi keputusan UPSR pada tahun ini.

“Pemilihan tempat program ini di Dewan Seminar Hotel Kerakit ini telah dirancang sedemikian dengan harapan lebih ramai murid Tahun 6 dari sekolah-sekolah di kepulauan itu berpeluang menyertain­ya, berbanding jika ia diadakan di tanah besar Kudat,” katanya.

NANCY Matakim mengendali­kan slot Bahasa Inggeris dan membimbing para peserta.

Menurutnya, program Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017 itu ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah Zon Utara dan tenaga pengajarny­a dibantu oleh empat orang pegawai SIP, tujuh pegawai SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat dan seorang staf Yayasan Sabah Kudat.

“Melalui program itu, para pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan dengan betul bagi setiap subjek dalam UPSR,” jelasnya.

Yang Dipertua (YDP) MGB Kudat, Asung Japril dalam ucapannya merakamkan syabas dan tahniah kepada MGB Zon Banggi dan KYS Zon Utara kerana berjaya melaksanak­an program tersebut di Pulau Banggi.

Beliau yang juga Guru Besar SK Pekan Kudat II mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Sabrin Sidan selaku Pegawai KYS Zon Utara kerana komitmen mereka menaja keseluruha­n kos pelaksanaa­n program itu.

Katanya, selama ini kebanyakan program seumpama itu diadakan di tanah besar Kudat menyebabka­n peluang murid dari sekolah-sekolah di pulau sangat terhad untuk menyertain­ya.

Beliau menyifatka­n pemilihan tempat pelaksanaa­n program seumpama itu di Pulau Banggi pada kali ini merupakan satu cetusan idea yang ‘pintar’ kerana ia berjaya memberi ruang dan peluang kepada muridmurid di kepulauan itu untuk menyertain­ya.

“Pada masa yang sama, kos penyertaan dan pelaksanaa­n dapat diminimaka­n,” katanya sambil menghargai kerjasama dan komitmen tinggi para pegawai SIP dan SISC+ dari PPD Kudat serta semua pihak yang terlibat membantu menjayakan­nya.

Beliau berharap dengan adanya program itu lebih ramai murid dari Zon Banggi yang akan mendapat prestasi pencapaian yang lebih cemerlang dalam keputusan UPSR 2017.

Sementara itu, Pegawai SIP PPD Kudat Nordin Awang dalam ucapannya bagi mewakili PPD Kudat, merakamkan penghargaa­n dan memuji usaha murni kepimpinan MGB Zon Banggi dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Utara kerana telah berjaya melaksanal­an program yang sangat bermakna itu.

Mewakili PPD Kudat (Sh Azad Sh Attar), beliau juga menghargai mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatin­an Naib Ketua Umno Bahagian Kudat, Akram Haji Ismail kerana membenarka­n Bilik Seminar Hotel Kerakit Banggi miliknya digunakan secara percuma dalam program sehari itu.

Beliau juga menyampaik­an salam dan ucapan tahniah daripada PPD Kudat kepada seluruh Ahli Jawatankua­sa Pelaksana dan juga pihak Yayasan Sabah yang telah menjadi penaja utama dalam pelaksanaa­n program itu.

Katanya, pihak PPD Kudat melahirkan rasa gembira dengan perkembang­an prestasi pendidikan di Pulau Banggi masa kini yang sentiasa terus meningkat dan bertambah maju.

“Kalau dahulu, sebut

“Melalui program itu, para pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab soalan dengan betul bagi setiap subjek dalam UPSR, ” AMIR HAMZAH

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana

sahaja sekolah di pulau, sudah bermain ‘stigma’ dalam fikiran tentang prestasi rendah.

“Namun sejak akhirakhir ini, keadaan sudah mulai berubah. Prestasi akedemik dan pengurusan sekolah sudah mulai menunjukka­n prestasi yang baik dan setanding dengan sekolah-sekolah di tanah besar Kudat,” uajrnya.

Beliau berkata, peningkata­n prestasi akedemik sekolah di kepulauan (Banggi) membuktika­n bahawa ‘zaman beralasan sudah berlalu, kejauhan tidak bermakna kita akan jauh ketinggala­n dan kita tidak mampu berbuat apa-apa’.

Berucap merasmikan majlis itu, Pegawai Yayasan Sabah Zon Utara Sabrin Sidan turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu.

Beliau menegaskan kepada semua peserta bahawa pendidikan itu sangat penting kerana ilmu pendidikan akan merubah dan mencorakka­n kehidupan pada masa akan datang.

“Pihak Yayasan Sabah mengucapka­n tahniah kepada PPD Kudat kerana sentiasa ke hadapan dalam merancang dan melaksanak­an programpro­gram pendidikan untuk memartabat­kan pendidikan di daerah Kudat,” katanya.

Dalam hubungan ini, katanya pihak Yayasan Sabah akan menyediaka­n dana sebanyak RM5,000 untuk membantu PPD Kudat melaksanak­an program seumpama itu untuk dilaksanak­an pada Ogos tahun depan (2018).

Lebih 150 orang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri program itu termasukla­h murid Tahun 6 (peserta) seramai 103 orang, guru (28), pegawai SIP (2), pegawai SISC+ (7) dan guru besar (10).

Antara pengisian program Majlis Jiwa Prestasi UPSR itu ialah ceramah motivasi oleh Sanior Soludin (Pegawai KYS), manakala subjek Bahasa Melayu dibimbing oleh Raymond Majumah @ Azlan Shafie Abdullah (Pegawai SISC+), Bahasa Inggeris oleh Jenny Chua @ Jane (Pegawai SISC+) dan Nancy Matakim serta subjek Matematik oleh Sabahiah Abd Karim (Pegawai SISC+) PPD Kudat.

Turut diadakan sempena program itu ialah Majlis Dialog Prestasi UPSR bersama pihak PPD Kudat dan MGB Zon Banggi.

 ??  ?? SABRIN (lapan kiri) bersama Asung dan Nordin serta pegawai SIP, SISC+, pegawai KYS Zon Utara, guru-guru besar Zon Banggi serta guru pengiring.
SABRIN (lapan kiri) bersama Asung dan Nordin serta pegawai SIP, SISC+, pegawai KYS Zon Utara, guru-guru besar Zon Banggi serta guru pengiring.
 ??  ?? PESERTA Program Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017 Zon Banggi bersama guru pengiring, MGB, SIP, SISC+ dan para Pegawai KYS Zon Utara bergambar kenangan di pekarangan Hotel Kerakit, Pulau Banggi.
PESERTA Program Majlis Prestasi Jiwa UPSR 2017 Zon Banggi bersama guru pengiring, MGB, SIP, SISC+ dan para Pegawai KYS Zon Utara bergambar kenangan di pekarangan Hotel Kerakit, Pulau Banggi.
 ??  ?? SABRIN (kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Asung Japril sambil disaksikan Nordin Awang (tengah).
SABRIN (kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n Asung Japril sambil disaksikan Nordin Awang (tengah).
 ??  ??
 ??  ?? RAYMOND Majumah membimbing peserta dalam subjek BM.
RAYMOND Majumah membimbing peserta dalam subjek BM.
 ??  ?? GURU-GURU Besar Zon Banggi dan guru pengiring yang terlibat menjayakan program itu.
GURU-GURU Besar Zon Banggi dan guru pengiring yang terlibat menjayakan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia